:: Adakah setakat ini sahaja cinta mereka? ::
Suami ngan isteri semakin buntu…situasi semakin tegang…si isteri langsung tak leh pandang suami…isteri akan mengurungkan diri di dalam bilik agar dapat menjauhi suami kerana tidak mahu melukainya lagi – dan dek kerana benci tahap tak leh tengok muka langsung nie…Suami laks mula balik lewat ke umah ~ supaya tak perlu berhadapan ngan kebencian dari isteri…tido malam berasingan…jarang dapat lelapkan mata..syaitan laks tak putus2 menghasut suami dan isteri supaya berputus asa dan bercerai aje…
Dengan penuh rasa berat hari, mereka membuat keputusan agar duduk berasingan dengan harapan sihir tue hilang gitu aje…si suami mula bertanya pada ALLAH ngan seriousnya…kalu dulu cuma berdoa n ngaji untuk cari penawar aje sekarang dah up sket…soklan2 seperti ~ nape jadi camnie ALLAH? Bukankah KAU yang menentukan jodoh kami? Kenapa KAU ingin pisahkan kami? Inikah ketentuanMU ALLAH?
Si isteri pula redha ngan keputusan suami…kerana dia juga tidak ingin menyeksa suami lagi…isteri menjadi amat binggung ngan kelakuan dirinya dan perasaan benci tak bersebab pada suaminya…mungkin ini masa yang terbaik untuk si isteri mencari penawar kepada kesengsaraannya…betul ke sihir or psikologi aje…tapi kenapa aku masih mencintai suamiku? Pun begitu kenapa benci ku meluap2 padanye…kalau dulu berjauhan terasa rindu yang amat…tapi kini jangankan tengok gambar, dengar nama suami pun tak leh…habih benci dan siap siapa yang sebut nama suami tue disembur oleh si isteri…
Suami mula merapatkan diri ngan ALLAH…kerana setelah sekian lama hidup dalam kesengsaraan, kini terasa tidur malam yang lena…hati berasa lebih tenang…rindu yang amat sangat pada si isteri…risau akan kesihatan dan keadaan si isteri…tetapi pada masa yang sama, hati terasa tawar kerana apa yang dilakukan oleh si isteri…
Bila memohon kekuatan dari ALLAH untuk melepaskan isteri, megapa ALLAH melahirkan cinta, kasih dan rindu yang kuat padanya…mengapa hati suami berkata ~ TIDAK!!! Perjuangan ini masih belum selesai…ada lagi kaedah dan cara yang belum kau usahakan…
Dalam suami mencari jawapan kepada soalan2 juga kepastian akan perasaannya terhadap isteri…suami menerima sms dari isteri..setelah sekian lama mereka bernikah, si isteri menghubungi pinta ingin berjumpa…pelbagai soalan bermain di fikiran suami…Mungkinkah isteri merindui ku? Adakah dia ingin kembali bersama? Atau adakah dia inginkan perceraian?
Hati suami berdebar menanti untuk bertemu si isteri…sayunya hati melihat wajah isteri yang penuh kedukaan…bermula dengan hanya bertanya khabar dan bual kosong…perbualan menjadi semakin serious…tapi tidak sekali pun si isteri memandang suami…
Isteri sudah berputus asa ngan keadaannya…dia tidak tahu punca masalahnye mahupun solutionnya, ditambah ngan tekanan dari keluarga dan teman untuk menyelesaikan masalah… isteri ingin berpindah ke tempat lain, bertukar kerja, oleh kerana tidak tahu berapa lama keadaannya begini dan kerana mimpi2 buruknye semakin teruk hingga tidak boleh tidur malam, dan perasaan benci yang makin meluap kerana ikatan suami isteri masih wujud…kini sudah tiada secebis pun perasaan sayang di hati isteri melainkan perasaan benci yang tidak pernah dirasakan oleh isteri terhadap sesiapa pun sebelum ini… isteri merasakan cerai adalah solution yang terbaik…
steri tidak mahu suami menanggung seksa lagi. Sekurang2nya suami boleh memulakan hidup baru…sebagai isteri bila tidak melaksanakan tanggungjawabnya pada suami teramatlah besar dosanya di sisi agama…jadi biarlah segalanya berakhir sekarang sebelum terlewat…manakala dirinya biarlah apa yang akan terjadi…mungkin hidupnye sudah tidak panjang lagi dimuka bumi ini…
Tersentap suami mendengar permintaan isteri…walaupun suami tidak pasti ngan perasaannya terhadap isteri…tetapi TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI dia ingin bercerai ngan si isteri…suami berasa marah yang amat…kepada isteri kerana berputus asa, kepada penyihir yang menyeksa mereka tanpa putus asa, kepada diri kerana tidak bertemu penyelesaian dan melindungi isterinya…
Tetapi puncak kemarahan suami adalah pada syaitan yang dilaknat kerana telah berjaya menghasut sekalian manusia untuk melakukan perkara keji ini baik penghantar sihir, bomoh yang menyihir, suami dan isteri ~ hingga mereka tiba di tahap ini…
Sekiranya perceraian yang terjadi…yang paling gembira ialah syaitan kerana telah berjaya menghancurkan iman dan kebahagiaan manusia…kerana telah berjaya menyesatkan mereka…sekiranya suami memberikan CERAI kepada isteri seperti di pinta…bukankah ianya seperti membantu syaitan itu menang dan membiarkan ALLAH kalah???
TIDAK!!! Walau apa pun yang terjadi syaitan tidak boleh menang!!! Setelah sekian lama barulah si suami berasa tenang dan akrab ngan ALLAH…suami telah merasakan nikmat cinta dari pencipta, cinta yang paling suci dan agung…jadi mana mungkin suami sanggup membiarkan cinta itu tercela…TIDAK!!! Suami mungkin lalai dengan kehidupannya sebelum ini…tetapi kini tidak lagi…
Berbekalkan kekuatan cinta pada yang ESA, suami memulakan perbicaraannya…
Apa kata si suami…kita nantikan bersama ye…aku perlu ambil toilet break…heheheheh...
A clue on what to expect....Part 4 disini ye
No comments:
Post a Comment