Monday, March 26, 2012

Aku terima nikahnya...


"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Petikan dari I luv Islam : Dosa dalam Perkahwinan

Berat bukan tanggungjawab seorang suami? 

Bermula dari detik itu - wahai gadis, kau bukan lagi anak, adik mahupun kakak semata…tugas utamamu adalah menjadi seorang isteri. Hanya selepas itu kau adalah anak, adik mahupun kakak. Menjaga keperluan suamimu, menghormatinya, menjaga maruah suamimu dan dirimu adalah keutamaanmu…Sebagai isteri kau juga harus bijak mendidik dan membantu suamimu dalam menjadi pemimpin dan khalifah dibumi ini.

Islam mengingatkan para isteri, keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan suaminya…pun begitu untuk memikul tanggungjawab akur dan menghormati suami itu bukanlah perkara yang mudah. Yet, nothing is impossible ~ selagi kita masih berusaha untuk mempelajari, semestinya ALLAH akan membuka ruang untuk kita belajar, semestinya ALLAH akan membimbing dan beri pengajaran pada kita.

There is no single way of making a marriage work? Yet, ALLAH has given us the guides…so it is up to you to make it happen. ALLAH telah ketemukanmu dengan jodohmu…now it is up to you untuk kekalkanya hingga ke syurga ~ Insha ALLAH ©©

Dalam menunaikan tanggungjawabmu, janganlah pertikaikan sejauh mana pasanganmu menunaikan tanggungjawab mereka. Ingatlah, bila kita dibangkitkan di akhirat kelak ~ ALLAH akan hanya mempersoalkan sejauh mana telah kita melaksanakan tanggungjawab kita, bukan sebaliknya.

Apa yang mengukuhkan perkahwinan itu adalah cinta dan kasih sayang diulit dengan rasa tanggungjawab…cinta akan melahirkan kejujuran dan kepercayaan antara pasangan…ia akan memudahkan kamu menjalankan tugas dan tanggungjawabmu ke atas pasangan dan keluargamu…

Pun begitu, mengertilah wahai manusia, janganlah mencintai manusia lebih dari Penciptamu…Hanya bila kau mencintai Penciptamu melebihi segala yang kau miliki, maka kau akan mengerti makna CINTA dan dikala itu kebahagiaan akan berlari mengejarmu dan bukan sebaliknya...

Bila cinta kepada Penciptamu melebihi cintamu ke atas segala yang lain, melaksanakan tanggungjawabmu, memafkan pasanganmu, menyayangi pasanganmu, merasa cukup dan menerima pasanganmu seadanya akan menjadi amat mudah untuk kau laksanakan.

Bila cinta kepada Penciptamu melebihi cintamu ke atas segala yang lain, segala persoalan yang kau punyai tentang hidup akan terjawab, segala kekeliruan dan kesalan dalam hidup akan hilang, kau akan menemui matlamat hidupmu dan kau akan temui ketenangan ~ yang menjadi rahsia awet muda, ubat segala penyakit dan rahsia hidup bahagia =))

Kini ku mengerti bagaimana perkahwinan akan melengkapkan iman seseorang…Pun begitu, everyone will have their own journey and challenges to overcome. Pun begitu, this is just the beginning of my journey. Either way, you will walk away with lessons beyond your imagination…Masha ALLAH

~ XXoXOO ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...