:: Perjuangan CINTA suami ::
Suami berasa amat sedey melihat keadaan isteri… dia dapat merasakan betapa sengsaranya si isteri, betapa sunyinye isteri…andai boleh suami mengambil tempat isteri menanggung kesengsaraannya…sudah pasti dia melakukannya…tapi apakan daya dugaan ALLAH kepada isterinya berbeza dengan dugaan untuk dirinya…
Suami memulakan perbicaraannye dengan nama ALLAH…
Suami tidak sama sekali bersetuju ngan PERCERAIAN…suami memohon maaf kerana meletakkan isteri dalam situasi yang memerlukan dia berjuang bersendirian…tetapi melihatkan keadaan sekarang yang isteri ingin membawa diri ~ juga mengenali sifat isterinya yang amat degil dan sukar beranjak dari keputusannya…suami mencadangkan pada isteri…
“Apakata tipah ambil masa untuk diri tipah..andai tipah perlu membawa diri…pergilah!!! Abang izinkan dan abang redha ngan pemergian tipah…pasal tanggungjawab tipah yang tak terlaksana tue, usahlah tipah risau…abang halalkan kesemuanya…baik yang dulu, sekarang mahupun yang akan datang”…apa kata tipah focus satu demi satu masalahnye…kita tidak boleh bercerai sekarang…apa yang tipah lalui ini tanda2 yang mengconfirmkan tipah disihir…jadi apa kata buat masa sekarang nie tipah focus untuk berubat aje...”
“Di dalam sihir dan jihn, ianya adalah perbuatan syaitan…memang tujuannya untuk memisahkan suami isteri sampai bercerai-berai…jadi andai abang akur pada permintaan tipah, maknanya abang akur pada permintaan syaitan tipah!!!”
“Mengenai perasaan benci tipah yang teramat sangat itu, usahlah tipah risaukan…selepas tipah berubat dan pulih sepenuhnye…barulah kita fikirkan status hubungan kita…andai kita masih ingin terus bersama atau tidak...”
“Apa yang kita lalui ini satu proses tipah! Ianya telah bermula 6 bulan lalu dan kini kita dipertengahannye…Alhamdulillah kita semakin matang dan memahami situati ini, jadi inilah masanya untuk kita mula menyelesaikan masalah ini…Dan di dalam mana2 proses…bila ada permulaan, pasti ada penghujungnye…abang tidak tahu berapa lama lagi kita akan diuji…mungkin selepas ini dugaan akan lebih hebat…tetapi abang hanya boleh janjikan akan ada penghujungnya tipah…penghujung yang ditentukan oleh ALLAH, penyelesaian yang ditentukan ALLAH…yang terbaik untuk kita….”
Si isteri terdiam…tidak disangka ini jawapan suaminya…bagaimanakah suaminye begini tenang dan yakin….dari manakah suaminye mendapat kekuatan baru ini…tetapi terdetik dihatinya ada benarnya juga kata2 suamiku ini…
Setelah hampir 3 jam mereka bersembang, mereka mengucapkan salam kepada satu sama lain dan pulang ke rumah masing2. Si suami merasakan buat pertama kali setelah sekian lama isterinya meluahkan perasaan kepadanya…dan untuk pertama kalinye setelah sekian lama dengan bangga mampu dia mengatakan bahawa dirinya adalah seorang SUAMI….
~ INTERMISSION ~ sambungan ke Part 5 di sini ye
Buat pengetahuan semua: ini adalah kisah benar ~ secebis dari perjuangan sepasang suami isteri ~ pasangan yang aku kenal dengan baik…membolehkan aku juga mengambil ikhtibar dari hubungan mereka…mereka masih berjuang, walaupun berjauhan tetapi masih menemani satu sama lain…masih bergelar suami isteri
Jadi bila aku mendapat update tentang perjuangan mereka akan ku sambung lagi kisah ini ye…Kepada temanku semua, sudilah kiranya doakan mereka berjaya menghadapi dugaan ALLAH ini ye
Hebat betul dugaan mereka…terpanggil aku untuk kongsikan serba sedikit perjuangan mereka di sini…tetapi ada ramai lagi pasangan di luar sana yang melalui dugaan yang lebih hebat dari mereka ini….yang mana kisah mereka mungkin tidak pernah diketahui…atau dikongsi…hanya teman yang akrab yang mengetahui…kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...mampukah mereka memahami desiran ombak jiwa yang berubah2 nie???
Ada juga suami-isteri yang melalui dugaan yang berbeda dengan pasangan ini…tetapi apa yang penting di dalam hubungan suami isteri ialah janganlah kamu berputus asa pada pasangan kamu…biarlah sesukar manapun dugaan yang kamu lalui…walaupun pasangan kamu berputus asa pada kamu…kerana pasangan yang MEANT TO BE adalah mereka2 yang berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran yang bertujuan untuk MEMISAHKAN mereka...
Kepada pasangan yang sedang melalui dugaan sedemikian…hanya satu pandangan yang ingin ku kongsi dengan kamu…BERJUANGlah kamu…dan SENTIASA hanya berpaling pada ALLAH hanya ALLAH untuk memberikan kekuatan, penyelesaian, ketabahan, ketenangan dalam kamu menghadapi dugaan kamu…
Dan ingat there is no ONE solution to the problem…coz life and marriage doesn’t come with a guidebook ~ you will just have to explore and experiment different ways until u find the BEST that suits YOU GUYS…but along the way if you seek ALLAH to guide you…Insha allah all will be well
XoXXoOO
(",)
sy dlm pertengahan dalam situasi ini skrg.. YA ALLAH... kuatkan imanku.
ReplyDeleteINSHA ALLAH sister...ALLAH sentiasa bersamamu...
Deleteeda, mane sambungan kisah ni.. sy dah lama tggu.
ReplyDeletebelum ada lagi...coz mereka masih berjuang...yang pasti sudah setahun usia perkahwinan mereka...doakan mereka tabah menghadapi ujian ALLAH ye =)
ReplyDeleteSalam tinta...udah update...more coming up soon, insha allah =))
ReplyDeletewkmsalam eda.. sy da baca n akan terus mgikuti kisah mereka. sy amat2 faham ape yg mereka lalui sbb sy juga senasib dgn tipah. n masih bjuang... jom ke blog sy. klu sudi, ade sikit cttan kisah sy. tp sy x pndai tulis blog. sy xde tmpat nak mluah so sy redah je r..
ReplyDeleteSaya gembira ianya membantu. Terus bertahan tinta ye. Luahlah kepada ALLAH, insha ALLAH hilang segala keperitanmu teman
ReplyDeletehuhuhu....sy sedang alami masalah sebegini....usia perkahwinan baru setahun lebih...suami tersangat benci sy...sy mohon pada Allah akan diberi Rahmat dan suami sy dikembalikan dalam keadaan yang baik...AMIN
ReplyDeleteYakin dan jangan putus berdoa kepada Allah...pasti ketemu penyelesaiannya
ReplyDelete