:: Cik Dz :: BFFL

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, September 4, 2012

Sihir - Kisah Sepasang suami isteri (Part 7)


Bagi yang terlepas episode sebelum ini sila ke Part 6 ye...


Sudah dua bulan berlalu sejak pertemuan mereka. Hingga ke hari ini suami masih belum menguruskan hal perceraian mereka. Hanya borang yang diambil. Tiada kudrat rasanya suami untuk mengisi apatah lagi menghantarnya. 


Si isteri pula membisu seperti biasa. Suami menjangka si isteri akan mendesak untuk perceraian, namun tiada pula desakan darinya untuk percepatkan urusan perceraian mereka. Tidak menyedari sudah setahun mereka menjadi suami dan isteri…sedikit sebanyak suami merasa gembira mengenangkan perkahwinan yang telah berusia setahun itu. Terasa harapan untuk perubahan masih ada. 

As far as the family is concerned, perceraian adalah yang terbaik untuk kedua mereka…kerna mereka juga tidak mampu mencadangkan penyelesaian lain. Tetapi dalam diam kesemua memendam harapan agar ALLAH memperbaiki kesemua dan suami dan isteri boleh hidup bahagia seperti sebelum perkahwinan dulu. 

Tidak disangka ALLAH yang membimbingnya dimalam suami mencadangkan perceraian pada isteri. Suami tidak inginkan perceraian…begitu juga isteri. Tetapi seakan2 cuba habis dicuba segala cara, melainkan perceraian…Kini suami mampu melihat hikmah disebalik kejadian itu…

Kita sudah berusaha berubat, tidak berjaya. Kita sudah berusaha bertahan, namun tiada perubahan. Jadi kini, seperti yang Tipah pernah pinta, kita cuba perceraian. Andai ALLAH menetapkan ia ke atas kita, maka pasti akan dipermudahkan urusan perceraian kita. Namun, jika tidak, maka sewajarnya kita menyingkirkan ia dari senarai potensi penyelesaian kita…bagaimana??? Setuju???”…Itulah persetujuan terkini suami dan isteri…


Risikonya amat tinggi…akan tetapi suami yakin ALLAH bersamanya. Jadi peluang untuk menyingkirkan perceraian dari penyelesaian ada 50%...jadi sehingga ALLAH yang menggerakkan suami dan isteri kepada perceraian…it’s never gonna happen babe…

Lagipun proses perceraian bukan mudah. Boleh jadi walau dimulakan pun, mereka tidak akan bercerai sudahnya. Ada terlalu banyak kemungkinannya…Alhamdulillah, ini yang terbaik untuk mereka di waktu ini. ALLAH sedang mendidik mereka dan insha allah proses penyelesaian sudah pun bermula…

Si suami kini semakin sibuk memperbaiki dirinya dan hubungannya dengan ALLAH hingga dia terlupa langsung hal perceraian dengan isteri. Si suami kini semakin redha dengan ketentuan Ilahi. Benarlah kata ahli fikir…orang yang sibuk melihat kekurangan dirinya dan memperbaiki dirinya tidak akan punya masa untuk memikirkan keburukan atau kekurangan orang lain…


Suami membuat keputusan untuk benar2 hilang dari hidup si isteri…biarlah si isteri merasakan kehidupan tanpa kehadirannya…mungkin itu mampu membantu isteri mengenalpasti apa yang benar2 diingininya di dalam kehidupan…

Suami yakin dengan ILAHI…selama setahun ini ALLAH telah banyak perbaiki kehidupannya. Segala yang berlaku mula masuk akal. Suami mula memahami tujuan ujian yang diturunkan ke atas dirinya…ke atas mereka…saban hari suami mendoakan ALLAH melimpahkan rahmat ke atas si isteri dengan melembutkan hatinya untuk pulang ke jalan YANG ESA…hanya yang demikian mampu mengubat kesengsaraannya…hanya yang demikian mampu memberikannya kebahagiaan. Ini bukan kata semata2 kerna suami telah melaluinya sendiri...

Ditambah bila suami telah menyerahkan hati dan kubur cintanya pada ALLAH, dia merasakan beban yang besar di angkat dari bahunya…Tiada lagi kerisauan yang melampau tentang apa yang bakal terjadi antara mereka…kerana walau berjauhan mereka masih suami dan isteri. Walau mereka hanya suami dan isteri di atas sekeping kertas, ALLAH masih menetapkan mereka suami dan isteri…Hubungan ini ditetapkan dan dikehendaki ALLAH…jadi ianya hanya akan berakhir bila ALLAH mengkehendakinya…

Apa yang suami mampu lakukan ialah berusaha sedaya mungkin dan menyerahkan segalanya kepada YANG ESA untuk yang terbaik bagi kedua mereka. Bilamana ALLAH mengkehendaki mereka berjauhan begini pastinya ia yang terbaik untuk kedua mereka. Ianya perit, sudah pasti...menyeksakan...tetapi si suami yakin, ALLAH sentiasa mempunyai rancangan yang terbaik buat hamba2NYA. Jadi kini si suami perlu  terus melaksanakan tanggungjawabnya sebaik boleh kerana hubungan suami isteri bukan sekadar di atas kertas. Ianya mengenai 2 sahabat yang terus menyokong satu sama lain dengan cara terbaik dapat mereka lakukan…biarpun ianya bererti berjauhan dan memberi masa untuk sahabat itu mencari dirinya. Biarpun ianya untuk seketika, biarpun dalam keadan berjauhan, mereka tetap sahabat terbaik yang melengkapkan satu sama lain ~ kerana ianya ketetapan YANG ESA. 




Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka, hadiah terbaik yang mampu diberikan kepada si isteri hanyalah seutas doa dipanjatkan kepada Ilahi...

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama sayangku...Ya  ALLAH, Tuhan yang MAHA ESA... Yang MAHA MENGETAHUI, YANG MAHA MENGASIHANI...ku merayu padaMU...limpahkanlah rahmatMU ke atas isteriku. Kasihanilah dia YA RABB...lembutkanlah hatinya untuk menerima hidayahMU dan bawalah dia pulang ke jalanMU. Hanya yang demikian mampu melenyapkan segala derita dan kesengsaraannya. Aku kasih kepadanya ALLAH. Dia adalah isteri yang KAU anugerahkan kepadaku sebagai amanah...Kurniakanlah  dia dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat...Ameeen"

Teman, marilah kita jua mendoakan mereka semoga ALLAH terus memberikan mereka kekuatan dan ketabahan untuk terus bertahan dan tidak berputus asa dalam menghadapi ujian ini. Dalam menantikan rahmat dariNYA. Apa sahaja ketentuan ILAHI, pasti ianya yang terbaik untuk kedua mereka, insha ALLAH. 


Kesudahannya...Part 8

Saturday, September 1, 2012

Sihir - Kisah Sepasang suami isteri (Part 6)

Bagaimana mereka sampai ke sini...sila ke Part 5 kawan2...

Malam yang dingin, gerimis dan sejuk…terdetik di hati suami ~ harapnya suasana yang nyaman ini akan membantu menyejukkan perbincangan di antara mereka… BINCANG!!! Itulah perkataan yang digunakan oleh si isteri…jadi masihkah ada harapan untuk mereka? Atau si isteri hanya berminat untuk berbincang tentang perpisahan…SIGH!!! Apapun suami menyerahkan segalanya pada Ilahi…


Suami mengharapkan bimbingan dari Ilahi dalam mencari penyelesaian yang terbaik untuk kedua mereka. 

Dari jauh suami melihat kelibat isteri…dia kelihatan ceria…dan YESSS!!! Dia senyum padaku…hati suami berbunga2 bercampur debaran memikirkan maksud disebalik senyuman itu…terasa jantung ingin lompat keluar dari dadanya dan lari sejauh mungkin. 

Isteri kelihatan jelita dan alhamdulillah sihat…sepertimana keadaaanya sebelum perkahwinan mereka… Melihat keduanya mampu tersenyum pada satu sama lain, membuat suami tersenyum. Si isteri memulakan bicara dengan bertanya kepada suami akan keputusannya terhadap situasi mereka...

Suami bertanya keadaan isteri sepanjang tempoh masa ini. Isteri menyatakan tiada lagi mimpi ngeri. Tiada lagi resah gelisah. Isteri telah berusaha mencari maklumat dan berubat…seperti andaian suami, benarlah diri disihir. Begitulah kata ustaz2 yang ditemuinya. Sudah begitu banyak tempat di serata negara si isteri berkunjung untuk merawat dirinya. Pelbagai kaedah yang digunakan…terkini akar pokok ara…habis lebam2 badan si isteri…tetapi  makhluk itu degil sekali. Ingkar meninggalkan badan si isteri. 

Kesemua ustaz yang ditemui mengatakan memang ada yang menyihirkan perkahwinan ini kerana tidak suka akan penyatuan si suami dan isteri…tetapi tiada siapa yang berjaya membuang sihir tersebut. 

Si isteri sudah penat. Tidak mampu berubat mahupun bertahan lagi. Biarlah perceraian yang terjadi. Mungkin itu akan membantu menyelesaikan masalah sihirnya. Biarlah syaitan itu memusnahkan dirinya. Andai ditakdirkan Ilahi untuk isteri menikahi insan yang menyihirnya biarlah ia berlaku? Andai ditakdir Ilahi si isteri hanya menyesali perceraian ini selepas ianya terjadi, maka biarlah ia menelan perit tersebut kelak…kini isteri berputus asa, pada diri, perubatan malah semua sekali. 

Bila suami bertanya perasaan si isteri kini. Isteri menyatakan dia tidak punya sebarang perasaan terhadap suami mahupun perkahwinan ini…kecewa suami mendengarnya…akan tetapi suami pernah berjanji yang dia tidak akan memaksa si isteri untuk meneruskan perkahwinan ini andai dia tidak mengingininya. 

Bila ditanya tentang hubungan keluarga dan rakan2…menurut isteri dia kini lebih senang bersendirian…Punya teman tetapi tiada yang akrab mahupun dipercayai sepenuh hati. Keluarga pula jarang2 ditemui. Bila ditanya hubungan dengan Yang ESA…isteri cuma tersenyum sinis persoalkan takdir atas apa yang terjadi. 

Suasana sunyi seketika…si isteri seakan menyerahkan segalanya pada suami untuk membuat keputusan.

Dengan hati yang berat, dan sayu mengenangkan keadaan isteri, suami mencadangkan perceraian pada isteri. Semata2 untuk melihat reaksi isteri dalam mempertahankan perkahwinan mereka. Isteri diam seketika, lantas bersetuju dengan cadangan tersebut. 

Suami berkata di dalam hati…“demi kasihku padamu, akan ku lepaskanmu pergi andai itu yang memberikan kebahagiaan kepadamu sayang. Hanya ini mampu ku lakukan. Hanya ini mampu abang berikan sebagai hadiah perkahwinan kita yang abang kira pasti akan membahagiakan dirimu.”

Perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Untuk pertahan dan meneruskannya memerlukan dua pihak untuk bersetuju dan berusaha sepenuh daya. Akan tetapi untuk perceraian, keinginan satu pihak sudah mencukupi…

Suami berkongsi sedikit perjalanan dirinya kepada isteri. Suami mengerti isteri sudah penat berubat dan ingin berputus asa. Pun begitu, suami mencadangkan agar si isteri memohon pertolongan untuk kali yang terakhir, bukan dari ustaz, bukan dengan meminum air jampi, apatah lagi bertemu bomoh. Akan tetapi di dalam sujud memohon pada Ilahi untuk membantu dirinya. 

Suami berkongsi lagi hikmah2 yang telah dia perolehi dari ujian ini. Betapa ALLAH telah memberikan dirinya ketenangan saat dipinta untuk si isteri. Betapa ALLAH telah memberikan petunjuk saat di pinta untuk si isteri. Sungguh besar rahmat dan kurniaan Ilahi ke atas dirinya. Hidup si suami kini sudah mempunyai maksud. Suami kini mengerti tujuan penciptaannya. Dan yang paling penting, hidup suami kini sedang diperbaiki oleh ALLAH. 

Terkedu si isteri bila suami menyarankan si isteri untuk mencari hikmah disebalik semua kejadian ini, kerana tidak pernah terlintas di fikirannya tentang HIKMAH yang ESA disebalik semua ini... Suami berkata lagi… “Apa yang terjadi, mengapa ia terjadi, hanya ALLAH yang maha mengetahui. Tetapi yang pasti, segala yang terjadi adalah hanya dengan keizinanNYA”. 


Suami mendapat suatu idea. Lalu memulakan bicara… “Kita sudah berusaha berubat, tidak berjaya. Kita sudah berusaha bertahan, namun tiada perubahan. Jadi kini, seperti yang Tipah pernah pinta, kita cuba perceraian. Andai ALLAH menetapkan ia ke atas kita, maka pasti akan dipermudahkan urusan perceraian kita. Namun, jika tidak, maka sewajarnya kita menyingkirkan ia dari senarai potensi penyelesaian kita…bagaimana??? Setuju???”.  

Si isteri diam memikirkan saranan suami dan bersetuju. Tidak tahu apa yang bermain di minda isteri. 

Suami mencadangkan untuk menguruskan hal berkenaan perceraian. Tidak disangka si isteri bersetuju. Si suami meneruskan perbualan bersembang tentang kehidupan dan keluarga masing2. Bergelak tawa dan bergurau senda. Terubat sedikit kerinduan akan kemesraan yang pernah wujud di antara mereka sebelum pernikahan. 

p/s – pasti kalian memikirkan yang adakah ini kesudahan pasangan suami isteri ini? sambungannya di Part 7 ye ...sementara itu untuk renungan kalian ~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...