:: Cik Dz :: BFFL

Daisypath Friendship tickers

Monday, December 24, 2012

My name is Zahid and I am a Junkie…


Zahid d’ Junkie…itulah gelaran yang abang iparku berikan padaku…aku dapek gelaran tuh dah 2 tahun…sebabnya mudah…kalu aku terlepas dalam Tesco dan cari tak umpe…cue cari kat junk fud session…kompom aku ada…

Segalanya bermula pun masa aku dok JB 4 years back…sokmo tak sempat masak…sudahnya penuh fridge ngan processed meat n instant stuff ye…dapek laks housemate yang sama busy…sudahnye junkie lah kedua kami…

Lepas aku balik KL, I was at denial stage…sampelah satu hari kakak ku serkap jarang ketagihanku ini waktu pulang dari Tesco…namun kini I am a proud junkie…dan aku juga punya ramai anak didik…iaitu ibu, kakak n adek2ku…kekadang abang iparku juga tersampuk sama…kawan2 lama jangan cakaplah ye…

Family aku konon nak kurangkan cikedes nie…tapi bila aku beli depa serang dulu…lagi sengal…paling takleh handle…kakakku...abang iparku marah dia makan junkies…maka dia akan gunakan namaku to have a junkie moment…huhuhu…

Bila masuk 3 series nie…junk fud does take a tow on you…nampak lebih tua, gemuk dan paling buruk perangai ialah malas…wif d msg…bab gugur rambut jangan cakaplah ye…

Jadi untuk menangani ketagihanku kini…kalu nak pergi Tesco, haruslah after 2pm…semestinya lepas makan lunch ya…bila perut kenyang…mata takdelah miang sangat….

Namun once a junkie…alwiz will be…aku mula menggunakan akal yang dikunia Maha Esa ini untuk mencari ilham junkie di dapurku…sudahnya aku umpe…sekut kering…tapi bila dilayerkan ngan raspberry jam @ susu pekat manis @ nutella….

Yang paling mengasyikkan ialah peanut butter wif choc layer…hahahahah…my sistos siap buek 3 lapis ye…

Ditambah laks keja dari umah nowadays kan…mulut gatal aje nak minum kopi n teh ye…sudahnya segala macam minuman ada kat dapurku…antara my fav coffe break adalah mocha…ada kalanya aku buek gak yang healthy version : cereal coffee – aku campur coffe n horlicks…kalu lapar terlebih aku boh nestum…Nak bagi healthy aku guna susu tepung + gula perang…

Aku kini sedang dalam rehab (pemulihan)…walaupun kebanyakan masanya aku gagal…tapi rasanya sekut kering lagi ok dari cikedes kot…kopi ngan susu tepung & gula perang lagi ok dari 3 in 1 kot nah?

Ada junkie lain diluar sana? Sudi2lah kongsi DIY home made junkies denganku ya…wakakakaka...

Hasil nukilan : Junkie Tegar (",)

Wednesday, December 19, 2012

Follow my blog with Bloglovin

Bile berblog sume bule kan =))


Sexy water...

Air??? Sexy ke???...

Aku pun pikir benda yang sama gak mulanye…Hahahaha..tapi kalu macam yang sebelah nie sexy betul air nih... huhuhu... tergoda mak =) 

Sudahnya kini aku sedang mencuba pelbagai resepi untuk men"yeksi"kan air minum ku…kerana sesungguhnya teramatlah "seksa" aku nak minum air '0' huhuhu…

Kebaikan minum air ‘0’ memang sudah diketahui sejak zaman nenek moyang…kalu nak minum segelas dua tahan lah kan…tapi bila dikenang 3 liter air…mak aii…badak air leh aku alamatnya…tetiba tekak ku terasa lemas ye...memang takleh handle...

Nape 3 liter? Bukan 2 liter? Alkisah bermula semasa aku ingin menyihatkan tubuhku ini…dalam pencarianku di alam maya…aku umpe yang drinking 3 liters of water a day can help u loose weight…ditambah ngan detox process yang sedang ku lakukan sekarang…air yang banyak memang lah perlu…ditambah lagi bila ku ketahui ianya akan mencantikkan kulit….terus aku mencuba…maximum aku bertahan hanya 2 hari itu pun 2 liter aje…huhuhu

Dek kerana nak minum air lebih, aku mula bersenam…aku hanya berjaya menyakitkan bahagian2 tubuhku…minum air masih 2 liter…huhuhu…

But a few days ago masa berfb…aku umpe website nih positivemed Siap ada video ko… sexy water siap nak ajar aku bue air yang sexy… mahu aku tak jatuh cinta….
Maka bermula lah experimen aku…aku menggunakan segala yang ku temui di dalam peti sejuk ku…setakat nih aku dah cuba:

- Lime + kiwi + ginger + mint
- Green tea + mint + lemon
- Chinese tea + apple + mint
- Apple cider + ginger + honey 

Hasilnya…jeng jeng jeng aku dah berjaya minum 3 liter air setakat nih….Alhamdulillah…nampak gaya mungkin kena buek berliter2 lepas nie…kerna my mom n sisto juga sudah menjeling2 air ku yang sexy ini…wakakakaka


I soooo need to tropicalize my recipe…based on apa aku biasa umpe…rambutan @ laici  @ ciku  @ tomato @ longan @ pineapple @ limau bali @ watermelon @ honey dew @ timun @ celery @ mangga @ anggur @ epal @ oren @ kedondong @ durian belanda…Tetiba aku bersemangat nak minum air ‘0’ yang sexy ini ye…lolz…



Bagi sesiapa yang pernah mencuba @ ada resepi beh2 sudilah kiranya berkongsi ngan aku ye… 

p/s – sebab nak bagi feel, aku pun buek air dalam botol juga…tapi aku buna botol acar n botol mayo yer…kuikuikui

Monday, October 22, 2012

Sihir : Kisah Sepasang suami isteri (Finale)

This is the season finale...sape terlepas sile ke Part 8 ye

Suami tersentap dari lamunan bila pembantu hakim menyebut kes untuk bicara. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dalam 5 minit dengan menjawab beberapa soalan, mereka kini sudah tiada sebarang hubungan. Tiada tuntutan lain dari kedua pihak melainkan perceraian. Juga tiada tempoh iddah kerana tiadanya sebarang hubungan suami isteri antara mereka. 

Sebaik hakim mengesahkan perceraian, x-suami meninggalkan dewan bicara. Kini semuanya hanya tinggal sejarah. Sambil menuju ke kereta terasa beban yang dipikul hilang serta merta. Hati terasa ceria kerana segalanya berakhir dengan cara yang baik tanpa pengaiban mana2 pihak. Tiada perasaan kehilangan mahupun keperitan..malahan suami lebih bersemangat untuk memulakan kehidupan baru… 

Kini sudah hampir sebulan bergelar single man. Status di Fesbuk juga sudah di update “single”. Pastinya ramai yang bertanya…namun x-suami memilih jawapan “its meant to happen” sahaja…kerana pastinya bila gossip dah basi…mereka akan meneruskan hidup masing2. 

Ada yang mengatakan sudah takdir…takde jodoh!!! Ntah nape bila x-suami mendengar ayat ini berdesing telinganya…TAKDIR!!! Bilamana ALLAH mengizinkan perkahwinan antara hambanya dan lantas hambanya memilih untuk bercerai…mengapa takdir pula dipersalahkan???

As far as JODOH is concerned…x-suami lebih selesa memikirkan mereka memang BUKAN jodoh satu sama lain pun…sebab tuelah mereka hanya melepasi tahap lafaz nikah dan batal air sembahyang aje…selebihnya hanyalah bertujuan membawa dirinya pulang ke jalan Yang ESA…jadi untuk itu  sebagai Adam akan aku berusaha menjadi imam yang lebih baik supaya dapat ku pimpin makmumku bila ALLAH pertemukan aku dengan Hawaku kelak. Siapakah sia, bila dan bagaimana ianya akan terjadi..itu Adam serahkan kepada yang ESA…

Sesekali Adam masih berhubung dengan keluarga Jandanya…sekadar bertanya khabar…Islam mengajar hambanya menjaga silaturrahim bukan, jadi mengapa perlu diputuskan hubungan ini hanya kerana terputus hubungan itu. 

As for Jandanya…moga dia menjumpai apa yang dicarinya…mereka tidak pernah berhubung selepas hari bersejarah itu…tiada keperluan pun… Itulah yang terbaik…Bagi mereka yang telah menzaliminya pula, Adam menyerahkan pada yang ESA untuk memberi pengajaran kepada mereka dan supaya ianya turut menjadi ikhtibar kepada yang lain. 

Yang penting sekarang nie bagi Adam…enjoy life as a single man to the FULLEST!!! Coz he just came back from HELL…

FINALLY : THE HAPPY ENDING


Terpegun juga aku mendengar kata2nya...namun its true what they say about challenges in life....



~ XoXXOxxO ~ 

Sihir : Kisah Sepasang suami isteri (Part 8)

The story is quite long...coz I share it as and when it happens when I get d updates..so bear wif me please. Andai ingin mencari permulaannya cari under label Kisah Hati ye kawan2...

For Part 8, this is how the story goes....

Andai masih ingat...di Part 7, keduanya suami dan isteri bersetuju untuk bercerai walaupun tanpa kerelaan...

Kini tibalah hari yang dinanti2…hari perbicaraan kes perceraian mereka. Genap setahun sebulan mereka bergelar suami isteri, di hari ini kes mereka dihadapkan ke mahkamah. Kelihatan ramai pasangan di dewan mahkamah. Suami dan isteri bersetuju untuk bercerai dengan cara baik. Jadi memilih untuk hadir sendiri ke mahkamah tanpa peguam. Suami tak putus2 memohon bimbingan dari ALLAH agar tiada pengaiban dan penzaliman yang terjadi di dalam proses perceraian mereka. Kerana ini adalah apa yang di ingini isterinya…

Mengenang kembali sebulan yang lalu, si isteri menghubungi suami menyatakan dia telah pun memfailkan kes perceraian di mahkamah dan memberikan suami tarikh sebutan. Terkejut, suami meminta si isteri pertimbangkan keputusannya. Namun isteri mengingatkan suami akan perjanjian mereka untuk memfailkan perceraian. 

Seminggu sebelum sebutan kes, suami mencuba lagi. Alhamdulillah kini isteri mula menjawab kiriman sms suami. Namun isteri menyatakan kekesalannya dengan perkahwinan mereka. Betapa perkahwinan ini suatu kesilapan di dalam hidupnya dan bilamana tiada cinta dan perasaan terhadap si suami dari awal perkahwinan mengapa perlu menyeksa diri dan meneruskannya. 

Perit hati suami mendengarnya…. Isteri menyatakan mungkin mereka hanya sesuai berkawan namum tidak sebagai suami isteri. Isteri hanya menyedari dia tidak mempunyai perasaan terhadap suami beberapa bulan selepas perkahwinan mereka. Walaupun mereka mengenali satu sama lebih dari sepulun tahun dan mula berkawan secara serious selama 2 tahun sebelum menempuh pelbagai cabaran untuk mendirikan rumahtangga.  

Keluarga isteri juga puas memujuk dan meminta sebab untuk perceraian. Namun isteri hanya menyatakan dia tidak menyukai si suami…dan itu sudah mencukupi untuk perceraian. Dia tidak sanggup untuk hidup bersama suami lagi dan terus berdosa kepada yang ESA. 

Dikala itu hanya ALLAH yang mengetahui betapa hancurnya hati suami. Begitu mudah cintanya dibuang. Walaupun suami yakin alasan isteri hanyalah supaya suami melepaskannya pergi, namun bilamana dia sudah tidak dapat meyakinkan isteri untuk terus berjuang dan pertahankan perkahwinan ini, terasa diri amat kecewa kerana gagal mempertahankan rumahtangga mereka. 

Dikala itu suami hanya mampu menitipkan doa kepada yang ESA supaya tiada yang lain selepasnya untuk merasai derita sebegini rupa. Jauhkanlah suami mahupun isteri diluar sana dari dugaan sebegini berat. Tidak tertanggung rasanya hati. Terasa cintanya diperlekeh dan dipijak2 sesuka hati. Tidak pernah lahir cinta sebegini kuat terhadap sesiapa, namun ALLAH menganugerahkan kepada suami hanya untuk isterinya. Akan tetapi bila ini yang terjadi…suami hilang kata2 seketika. Namun keyakinan bahawa ALLAH hanya menetapkan yang terbaik untuk dirinya, suami bersetuju untuk melepaskan isteri secara baik di mahkamah.  

Dalam menanti tarikh sebutan, pelbagai persoalan muncul difikiran suami. Jadi sebenarnya memang tiada sihir?? Tapi bagaimana dengan tanda2 sihir dan proses rawatan yang dilakukan ke atas isteri? Suami mula meragui… Jadi apa yang sebenarnya!!! Andai dia hanya ingin mempermainkan diri ini, mengapa perlu sampai ke perkahwinan? Psycho betul bini aku nih?? Tak kan dia suka suki nak bergelar MJ (Mak Janda)??? Biar betik??? Apa yang berlaku memang tidak dapat diterima akal…bila di flash back d series of mental and emotional torture yang dilalui sepanjang setahun ini, its not making any sense… no sensible picture is coming to mind…

Namun yang pasti hanya satu. Bila isteri memilih untuk berhenti berjuang sekarang disaat perkahwinan mereka di tahap infant stage tanpa sebarang hubungan melainkan di atas kertas, jadi pasti itulah yang terbaik. Kerana suami yakin ini hanyalah permulaan. Akan ada lebih banyak lagi caraban2 hebat di dalam perkahwinan…Its better to loose an arm now than sanity di masa hadapan…

TAWAKKAL…hanya itu yang mampu dilakukan suami. Kerana sesungguhnya sudah tiada jalan lain lagi. Hanya ALLAH yang mampu mengubah situasi ini menjadi lebih baik. Apa yang dikhuatiri suami ialah kemarahannya di dewan mahkamah kelak. Kemarahan telah pun mula membakar hatinya? Pohon cinta …Ko terbakarlah sekali ye!!! Mampukah dia menahan godaan syaitan durjana? Mampukah dia menjawab soalan2 hakim dengan baik tanpa mengaibkan si isteri? Mampukah dia melafazkan talak dan melepaskan isteri dengan cara baik? Suami tidak dapat melelapkan mata di malam itu memikirkan akibatnya andai dia hilang kewarasannya di dewan mahkamah esok pagi…

Kesudahannya...enjoy d season finale guys  

Terkenal di Langit : Kewafatan Beliau...


Sambungan dari "Wali Allah"...

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.


Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.


Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."



Terkenal di Langit : Wali Allah...


Sambungan dari "Biarlah hamba Fakir"...

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."

"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.

"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.

"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal...

Terkenal di Langit: Biarlah Hamba Fakir...


Ini adalah sambungan dari Kecintaannya kepada Rasulullah SAW...

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.Memang benar! Dia penghuni langit.

 Dan ditanya Uwais oleh kedua  tamu tersebut, "Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan, "Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah.
Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?" Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu.

Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, "Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian”.

 Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, "Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata, "Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya...

Terkenal di Langit : Kecintaannya pada Rasulullah SAW

Andai ingin mengenali sifat2 beliau...sila baca entry  Siapakah beliau?? ya 


Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. 

Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya.

 Beliau amat faham hati nurani anaknya,  Uwais dan berkata,"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Terkenal di Langit : Siapakah Beliau??


Kisah Wali ALLAH ini ingin ku kongsi sebagai pedoman untuk diri ini juga...Its a bit long...tapi yakinlah...ITS WORTH IT....credit goes to Mencari Damai 

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. 

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.



Tuesday, September 4, 2012

Sihir - Kisah Sepasang suami isteri (Part 7)


Bagi yang terlepas episode sebelum ini sila ke Part 6 ye...


Sudah dua bulan berlalu sejak pertemuan mereka. Hingga ke hari ini suami masih belum menguruskan hal perceraian mereka. Hanya borang yang diambil. Tiada kudrat rasanya suami untuk mengisi apatah lagi menghantarnya. 


Si isteri pula membisu seperti biasa. Suami menjangka si isteri akan mendesak untuk perceraian, namun tiada pula desakan darinya untuk percepatkan urusan perceraian mereka. Tidak menyedari sudah setahun mereka menjadi suami dan isteri…sedikit sebanyak suami merasa gembira mengenangkan perkahwinan yang telah berusia setahun itu. Terasa harapan untuk perubahan masih ada. 

As far as the family is concerned, perceraian adalah yang terbaik untuk kedua mereka…kerna mereka juga tidak mampu mencadangkan penyelesaian lain. Tetapi dalam diam kesemua memendam harapan agar ALLAH memperbaiki kesemua dan suami dan isteri boleh hidup bahagia seperti sebelum perkahwinan dulu. 

Tidak disangka ALLAH yang membimbingnya dimalam suami mencadangkan perceraian pada isteri. Suami tidak inginkan perceraian…begitu juga isteri. Tetapi seakan2 cuba habis dicuba segala cara, melainkan perceraian…Kini suami mampu melihat hikmah disebalik kejadian itu…

Kita sudah berusaha berubat, tidak berjaya. Kita sudah berusaha bertahan, namun tiada perubahan. Jadi kini, seperti yang Tipah pernah pinta, kita cuba perceraian. Andai ALLAH menetapkan ia ke atas kita, maka pasti akan dipermudahkan urusan perceraian kita. Namun, jika tidak, maka sewajarnya kita menyingkirkan ia dari senarai potensi penyelesaian kita…bagaimana??? Setuju???”…Itulah persetujuan terkini suami dan isteri…


Risikonya amat tinggi…akan tetapi suami yakin ALLAH bersamanya. Jadi peluang untuk menyingkirkan perceraian dari penyelesaian ada 50%...jadi sehingga ALLAH yang menggerakkan suami dan isteri kepada perceraian…it’s never gonna happen babe…

Lagipun proses perceraian bukan mudah. Boleh jadi walau dimulakan pun, mereka tidak akan bercerai sudahnya. Ada terlalu banyak kemungkinannya…Alhamdulillah, ini yang terbaik untuk mereka di waktu ini. ALLAH sedang mendidik mereka dan insha allah proses penyelesaian sudah pun bermula…

Si suami kini semakin sibuk memperbaiki dirinya dan hubungannya dengan ALLAH hingga dia terlupa langsung hal perceraian dengan isteri. Si suami kini semakin redha dengan ketentuan Ilahi. Benarlah kata ahli fikir…orang yang sibuk melihat kekurangan dirinya dan memperbaiki dirinya tidak akan punya masa untuk memikirkan keburukan atau kekurangan orang lain…


Suami membuat keputusan untuk benar2 hilang dari hidup si isteri…biarlah si isteri merasakan kehidupan tanpa kehadirannya…mungkin itu mampu membantu isteri mengenalpasti apa yang benar2 diingininya di dalam kehidupan…

Suami yakin dengan ILAHI…selama setahun ini ALLAH telah banyak perbaiki kehidupannya. Segala yang berlaku mula masuk akal. Suami mula memahami tujuan ujian yang diturunkan ke atas dirinya…ke atas mereka…saban hari suami mendoakan ALLAH melimpahkan rahmat ke atas si isteri dengan melembutkan hatinya untuk pulang ke jalan YANG ESA…hanya yang demikian mampu mengubat kesengsaraannya…hanya yang demikian mampu memberikannya kebahagiaan. Ini bukan kata semata2 kerna suami telah melaluinya sendiri...

Ditambah bila suami telah menyerahkan hati dan kubur cintanya pada ALLAH, dia merasakan beban yang besar di angkat dari bahunya…Tiada lagi kerisauan yang melampau tentang apa yang bakal terjadi antara mereka…kerana walau berjauhan mereka masih suami dan isteri. Walau mereka hanya suami dan isteri di atas sekeping kertas, ALLAH masih menetapkan mereka suami dan isteri…Hubungan ini ditetapkan dan dikehendaki ALLAH…jadi ianya hanya akan berakhir bila ALLAH mengkehendakinya…

Apa yang suami mampu lakukan ialah berusaha sedaya mungkin dan menyerahkan segalanya kepada YANG ESA untuk yang terbaik bagi kedua mereka. Bilamana ALLAH mengkehendaki mereka berjauhan begini pastinya ia yang terbaik untuk kedua mereka. Ianya perit, sudah pasti...menyeksakan...tetapi si suami yakin, ALLAH sentiasa mempunyai rancangan yang terbaik buat hamba2NYA. Jadi kini si suami perlu  terus melaksanakan tanggungjawabnya sebaik boleh kerana hubungan suami isteri bukan sekadar di atas kertas. Ianya mengenai 2 sahabat yang terus menyokong satu sama lain dengan cara terbaik dapat mereka lakukan…biarpun ianya bererti berjauhan dan memberi masa untuk sahabat itu mencari dirinya. Biarpun ianya untuk seketika, biarpun dalam keadan berjauhan, mereka tetap sahabat terbaik yang melengkapkan satu sama lain ~ kerana ianya ketetapan YANG ESA. 




Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka, hadiah terbaik yang mampu diberikan kepada si isteri hanyalah seutas doa dipanjatkan kepada Ilahi...

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama sayangku...Ya  ALLAH, Tuhan yang MAHA ESA... Yang MAHA MENGETAHUI, YANG MAHA MENGASIHANI...ku merayu padaMU...limpahkanlah rahmatMU ke atas isteriku. Kasihanilah dia YA RABB...lembutkanlah hatinya untuk menerima hidayahMU dan bawalah dia pulang ke jalanMU. Hanya yang demikian mampu melenyapkan segala derita dan kesengsaraannya. Aku kasih kepadanya ALLAH. Dia adalah isteri yang KAU anugerahkan kepadaku sebagai amanah...Kurniakanlah  dia dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat...Ameeen"

Teman, marilah kita jua mendoakan mereka semoga ALLAH terus memberikan mereka kekuatan dan ketabahan untuk terus bertahan dan tidak berputus asa dalam menghadapi ujian ini. Dalam menantikan rahmat dariNYA. Apa sahaja ketentuan ILAHI, pasti ianya yang terbaik untuk kedua mereka, insha ALLAH. 


Kesudahannya...Part 8

Saturday, September 1, 2012

Sihir - Kisah Sepasang suami isteri (Part 6)

Bagaimana mereka sampai ke sini...sila ke Part 5 kawan2...

Malam yang dingin, gerimis dan sejuk…terdetik di hati suami ~ harapnya suasana yang nyaman ini akan membantu menyejukkan perbincangan di antara mereka… BINCANG!!! Itulah perkataan yang digunakan oleh si isteri…jadi masihkah ada harapan untuk mereka? Atau si isteri hanya berminat untuk berbincang tentang perpisahan…SIGH!!! Apapun suami menyerahkan segalanya pada Ilahi…


Suami mengharapkan bimbingan dari Ilahi dalam mencari penyelesaian yang terbaik untuk kedua mereka. 

Dari jauh suami melihat kelibat isteri…dia kelihatan ceria…dan YESSS!!! Dia senyum padaku…hati suami berbunga2 bercampur debaran memikirkan maksud disebalik senyuman itu…terasa jantung ingin lompat keluar dari dadanya dan lari sejauh mungkin. 

Isteri kelihatan jelita dan alhamdulillah sihat…sepertimana keadaaanya sebelum perkahwinan mereka… Melihat keduanya mampu tersenyum pada satu sama lain, membuat suami tersenyum. Si isteri memulakan bicara dengan bertanya kepada suami akan keputusannya terhadap situasi mereka...

Suami bertanya keadaan isteri sepanjang tempoh masa ini. Isteri menyatakan tiada lagi mimpi ngeri. Tiada lagi resah gelisah. Isteri telah berusaha mencari maklumat dan berubat…seperti andaian suami, benarlah diri disihir. Begitulah kata ustaz2 yang ditemuinya. Sudah begitu banyak tempat di serata negara si isteri berkunjung untuk merawat dirinya. Pelbagai kaedah yang digunakan…terkini akar pokok ara…habis lebam2 badan si isteri…tetapi  makhluk itu degil sekali. Ingkar meninggalkan badan si isteri. 

Kesemua ustaz yang ditemui mengatakan memang ada yang menyihirkan perkahwinan ini kerana tidak suka akan penyatuan si suami dan isteri…tetapi tiada siapa yang berjaya membuang sihir tersebut. 

Si isteri sudah penat. Tidak mampu berubat mahupun bertahan lagi. Biarlah perceraian yang terjadi. Mungkin itu akan membantu menyelesaikan masalah sihirnya. Biarlah syaitan itu memusnahkan dirinya. Andai ditakdirkan Ilahi untuk isteri menikahi insan yang menyihirnya biarlah ia berlaku? Andai ditakdir Ilahi si isteri hanya menyesali perceraian ini selepas ianya terjadi, maka biarlah ia menelan perit tersebut kelak…kini isteri berputus asa, pada diri, perubatan malah semua sekali. 

Bila suami bertanya perasaan si isteri kini. Isteri menyatakan dia tidak punya sebarang perasaan terhadap suami mahupun perkahwinan ini…kecewa suami mendengarnya…akan tetapi suami pernah berjanji yang dia tidak akan memaksa si isteri untuk meneruskan perkahwinan ini andai dia tidak mengingininya. 

Bila ditanya tentang hubungan keluarga dan rakan2…menurut isteri dia kini lebih senang bersendirian…Punya teman tetapi tiada yang akrab mahupun dipercayai sepenuh hati. Keluarga pula jarang2 ditemui. Bila ditanya hubungan dengan Yang ESA…isteri cuma tersenyum sinis persoalkan takdir atas apa yang terjadi. 

Suasana sunyi seketika…si isteri seakan menyerahkan segalanya pada suami untuk membuat keputusan.

Dengan hati yang berat, dan sayu mengenangkan keadaan isteri, suami mencadangkan perceraian pada isteri. Semata2 untuk melihat reaksi isteri dalam mempertahankan perkahwinan mereka. Isteri diam seketika, lantas bersetuju dengan cadangan tersebut. 

Suami berkata di dalam hati…“demi kasihku padamu, akan ku lepaskanmu pergi andai itu yang memberikan kebahagiaan kepadamu sayang. Hanya ini mampu ku lakukan. Hanya ini mampu abang berikan sebagai hadiah perkahwinan kita yang abang kira pasti akan membahagiakan dirimu.”

Perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Untuk pertahan dan meneruskannya memerlukan dua pihak untuk bersetuju dan berusaha sepenuh daya. Akan tetapi untuk perceraian, keinginan satu pihak sudah mencukupi…

Suami berkongsi sedikit perjalanan dirinya kepada isteri. Suami mengerti isteri sudah penat berubat dan ingin berputus asa. Pun begitu, suami mencadangkan agar si isteri memohon pertolongan untuk kali yang terakhir, bukan dari ustaz, bukan dengan meminum air jampi, apatah lagi bertemu bomoh. Akan tetapi di dalam sujud memohon pada Ilahi untuk membantu dirinya. 

Suami berkongsi lagi hikmah2 yang telah dia perolehi dari ujian ini. Betapa ALLAH telah memberikan dirinya ketenangan saat dipinta untuk si isteri. Betapa ALLAH telah memberikan petunjuk saat di pinta untuk si isteri. Sungguh besar rahmat dan kurniaan Ilahi ke atas dirinya. Hidup si suami kini sudah mempunyai maksud. Suami kini mengerti tujuan penciptaannya. Dan yang paling penting, hidup suami kini sedang diperbaiki oleh ALLAH. 

Terkedu si isteri bila suami menyarankan si isteri untuk mencari hikmah disebalik semua kejadian ini, kerana tidak pernah terlintas di fikirannya tentang HIKMAH yang ESA disebalik semua ini... Suami berkata lagi… “Apa yang terjadi, mengapa ia terjadi, hanya ALLAH yang maha mengetahui. Tetapi yang pasti, segala yang terjadi adalah hanya dengan keizinanNYA”. 


Suami mendapat suatu idea. Lalu memulakan bicara… “Kita sudah berusaha berubat, tidak berjaya. Kita sudah berusaha bertahan, namun tiada perubahan. Jadi kini, seperti yang Tipah pernah pinta, kita cuba perceraian. Andai ALLAH menetapkan ia ke atas kita, maka pasti akan dipermudahkan urusan perceraian kita. Namun, jika tidak, maka sewajarnya kita menyingkirkan ia dari senarai potensi penyelesaian kita…bagaimana??? Setuju???”.  

Si isteri diam memikirkan saranan suami dan bersetuju. Tidak tahu apa yang bermain di minda isteri. 

Suami mencadangkan untuk menguruskan hal berkenaan perceraian. Tidak disangka si isteri bersetuju. Si suami meneruskan perbualan bersembang tentang kehidupan dan keluarga masing2. Bergelak tawa dan bergurau senda. Terubat sedikit kerinduan akan kemesraan yang pernah wujud di antara mereka sebelum pernikahan. 

p/s – pasti kalian memikirkan yang adakah ini kesudahan pasangan suami isteri ini? sambungannya di Part 7 ye ...sementara itu untuk renungan kalian ~









Thursday, August 30, 2012

Sihir - Kisah Sepasang suami isteri (Part 5)

:: Maaflah teman it took me so long to update de stowy...here u go :: For Part 4 click di sini ye














Si isteri pernah meminta untuk bercerai sebelum ini tetapi suami ingkar…Malah dipersetujui untuk bertemu selepas 3 bulan…namun 6 bulan sudah berlalu dan masih belum ada khabar berita dari isteri.

Sudah terlalu lama suami tidak bertemu dengan si isteri. Jika sms tidak pula dibalas. Call lagi lah…sesekali suami akan merajuk coz tidak dibalas smsnye itu. Akan tetapi suami memujuk hati sendiri dan terus sms lagi isterinya…begitulah keadaannya.

Suami berusaha meneruskan kehidupan sendirian tanpa isteri dan kini merasakan manisnya ujian ALLAH. Saban malam dia menangis dan sujud pada ALLAH memohon keampunan di atas kealpaannya selama ini. Betapa dia tidak menyangka ALLAH tetap berada disisinya dikala semua berputus asa. Semua orang sudah move-on ngan kehidupan masing2…hanya tinggal suami dan isteri?? Atau mungkinkah hanya tinggal suami memandangkan si isteri senyap tanpa berita???

Berbagai soalan mengganggu fikiran suami. Benarkah isteriku telah membawa diri? Mungkinkah dia tidak akan kembali? Beginikah kesudahan hubungan kami? Silapkah percaturanku membenarkan isteri membawa diri? Pun begitu bila ALLAH mengizinkan perpisahan ini, pasti ada lebih banyak kebaikan dari keburukan. Tak kan setakat ini sahaja jodoh kami. TIDAK!!!! ALLAH sentiasa punya rancangan yang terbaik untuk ku…untuk kami…sebab itulah kedua2 kami diduga…

Bisikan syaitan pula saban hari di upgrade…adakala suami merasakan mungkinkah sebenarnya isterinya kini bahagia tanpa dirinya. Mungkin isteri telah menemui pengganti dirinya. Sebenarnya apa terjadi antara mereka bukan sihir, hanyalah alasan oleh isteri untuk berpisah aje. Mungkin si isteri hanya menyedari yang suami adalah kesilapan di dalam hidupnya sesudah pernikahan, maka terjadilah segala ini supaya dapat berpisah dengan si suami…

Astagfirullah!!!Ya ALLAH kejinya syaitan yang berbisik padaku”…kesal suami kerana biar diri diperlaku syaitan sebegitu rupa…“Bukankah aku yang meminta isteri mengambil masa mencari jawapan? Bukankah sebelum ini aku yakin dan redha ngan ketentuan ALLAH akan perpisahan kami ini!!! Mengapa aku begitu lemah dan mudah terhasut oleh syaitan…YA ALLAH, ampunilah hambaMU yang lemah ini”…Beginilah perjuangan suami saban hari sepanjang 6 bulan itu.

Suami menganggap cycle sebegini sebagai petanda ALLAH yang ibadah dan usaha suami perlu diupgrade juga. Suami perlu istiqamah. Hati suami semakin yakin penyelesaiannya semakin hampir. Tetapi ada kerisauan andai penyelesaian yang mendatang itu adalah perceraian antara mereka…

Kalu dulu suami berharap si isteri akan menghubunginya…kini suami berdoa si isteri tidak menghubunginya…risau andai perceraian yang dipinta. Ada juga suami berusaha mencari khabar tentang perkembangan isteri…terasa diri macam secret agent pun ader…tapi nak buek cana, sapa tak sayang bini ooi…

Suami bergelut dengan dirinya saban hari…Diri telah merasakan kemanisan ujian ALLAH, rasa diri begitu disayangi dan felt like “ur the chosen one”…MashaALLAH terasa amat besar rahmat ALLAH ke atas dirinye. Telah membuat janji dengan diri, akan berusaha untuk redha ngan segala ketentuan MAHA ESA ke atas diri dan perkahwinan ini…akan tetapi bagaimana jika ALLAH menetapkan perceraian bagi dirinya.

Dalam sujud kepada Ilahi, suami mendoakan kesejahteraan si isteri dan merayu pada ALLAH supaya melembutkan hatinye untuk berubat dan supaya kedua mereka tidak berputus asa dari rahmat YANG ESA…Terdetik di hatinya untuk memohon agar si isteri turut merasakan kebahagiaan, ketenangan dan kemanisan dalam menempuh ujian ini.

Semakin suami bertahan ~ semakin kuat dugaan…semakin suami berusaha ~ wajah isteri semakin pudar di ingatan suami…suami sudah jarang2 sekali menghubungi isteri… “Adakah ini tandanya aku telah melepaskan isteriku pergi?” Bertanya suami kepada Ilahi? “Adakah ini ketentuanMU ALLAH ke atas kami? Beginikah akhirnya cinta yang tidak sempat bermula bagi kami?

Jika begitu, mengapakah hati suami rasa bagai dirobek2…mengapa terasa pohon cinta itu semakin mekar dan subur di dalam hati…perlukah aku  mencabut dan membakarnya supaya dapat aku meneruskan kehidupanku…sendirian? Tetapi ALLAH mengapakah aku tidak sanggup melakukannya. Aku tidak mampu berdoa kepadaMU memohon agar dihilangkan cinta ini dari hatiku…kenapa aku tidak sanggup mencabut pohon cinta dihati ini, apatah lagi membakarnya!!!

Bilamana aku tidak sanggup mencabut pohon cinta ini, seharusnya aku mengkafan dan kuburkan sahaja cinta ini… jadi ku merayu padaMU ALLAH…bantulah aku mengkuburkan cintaku..supaya aku tidak terus mendesak orang yang aku kasihi untuk mengasihi aku jua, bilamana dia bahagia tanpa diriku….” Seakan berputus asa…suami menyerahkan hati dan kubur cintanya pada yang ESA.

Dikala itulah si isteri menghubungi suami untuk bertemu dan berbincang tentang situasi mereka… Apa terjadi…silalah ke Part 6 ye…tetapi dikala ini beginilah perasaan suami terhadap perhubungan mereka…




Monday, August 6, 2012

Satu langkah saja lagi....


Inspirasi ku kali ini adalah Dato Lee Chong Wei…melihat kesungguhan beliau berjuang di separuh akhir dan akhir men single Olympics betul2 membakar semangat juangku. Siapa yang tak tengok kedua2 game tue amatlah digalakkan to check it out di YouTube ye…These videos will definitely be added into my inspirational movies and video drive (“,).

He made it possible for Malaysia to walk away with a silver medal in Olympics…clearing the path and inspiring other Malaysian warriors to bring us further and higher Insha ALLAH. LCW was very focused and he was giving his best to the very essence of what makes the winner…each serve, each score, each shuttlecock….

That inspired me to continue fighting for what I want. That inspired me to not give up just yet. That inspired me to keep moving forward…it doesn’t matter if you can’t do big step. It doesn’t matter if you don’t have the ability or the resource to go further or jump higher….do one step at a time. But make sure at each step you gave your best…FYI it doesn’t matter if YOUR BEST is not at par with anyone else…coz true nobility is not about being better than anyone else. It’s about being better than you used to be…coz YOU are your toughest competitor, YOU are your highest benchmark to reach. Change is a very powerful element of life…

Ini adalah kehidupanmu...dugaan yang kau lalui di dalam kehidupanmu adalah beban yang perlu kau bawa selagi ALLAH menetapkan ianya sebegitu. Jika kau perlu menangis…menangislah. Jika kau perlu mengeluh…mengeluhlah. Jika kau perlu meluahkan rasa kecewa, hampa, geram…maka luahkan segalanya…tetapi after all is said and done, kau masih perlu membawa bebanan itu.


Paksa dirimu melangkah ke hadapan…langah pertama adalah yang paling sukar…jika kau tiada petunjuk dan kekuatan pohonlah dari ALLAH. Insha ALLAH, kau akan dibantuNYA…lama-kelamaan langkahmu semakin jauh ke hadapan. Langkahmu semakin laju  tanpa kau sedari bebanmu makin berkurang dan kini kau sedang berlari…Di kala itu kau menyedari yang menjadi beban adalah pemikiranmu bukan dugaan yang kau hadapi…Dikala itu kau menyedari bila ALLAH bersamamu tiada apa yang mustahil. Dikala itu kau menyedari bila kau sujud dan memohon pada ALLAH…ALLAH hanya ALLAH yang akan dan mampu mengurangkan beban mu itu. Ingatlah teman…

This cycle will repeat. Dan setiap kali kau berjaya mengharungi cabaran dihadapanmu, bersedialah untuk cabaran yang lebih besar…coz what doesn’t challenge you, will never change you. Courage is the discovery that you may not win, but still trying though you know you can lose. True courage and strength can’t be measured through victories and medals. But through the struggles you overcome. The strongest people aren’t always winners, but the people who don’t give up even when they lose. 

Tetapi andai kau duduk disitu menanti keajaiban dari ALLAH tanpa usaha mahupun doa, tiada apa yang akan kau kecapi melainkan lebih banyak kegagalan dan kemurungan…coz he who loses money loses much. He who loses friend loses more…but he who loses faith…loses all. 

Hidup ini ada pahit dan manisnya. Kalau semuanya manis, kita akan jadi manusia yang tidak bersyukur. Kalau semuanya pahit kita akan jadi manusia yang mudah putus asa. Kerana itu hidup ini ALLAH imbangi antara pahit dan manis, supaya ianya membuat kita berfikir akan kebesaranNYA. 

Miracles do happen but only with faith…only with ALLAH…

XoXXOOx



Thursday, July 19, 2012

Perjalanan ke Padang Mashyar...


That’s my conclusion of life. Sebagai  Muslim, kita tahu ajal hanyalah permulaan hisab kita sementara menantikan padang Mashyar dan titian sirat. Baik atau buruk, salah atau betul kita semua sedang menempuh perjalanan menuju ke padang Mashyar. Jadi yang demikian, apa sahaja yang kita lalui didunia adalah ujian dari ALLAH untuk persiapkan pertemuan kita denganNYA kelak.

Adakalanya kita diuji dengan nikmat dan adakalanya dengan keperitan. Pun begitu kita perlu meneruskan perjalanan ini. Itulah ketetapan ALLAH ke atas kita. Jadi kita tidak boleh berputus asa atau mengalah dalam meneruskan kehidupan ini. Kegagalan sebenar adalah ketika kita menerima buku amalan kita dengan tangan kiri di padang mashyar nanti.

Apa yang indah mengenai perjalanan ini ialah kita akan bertemu dan beriringan dengan musafir2 lain. Dengan izin ALLAH, mereka ini akan mengambil liku-liku yang sama dengan kita, pun begitu cabaran dan dugaan setiap kita tetap berbeda. Ada yang kekal bersama hingga ke akhir, tetapi ada juga sekadar teman seketika kerana masing2 punya perjalanan sendiri untuk ditempuh. Pertemuan yang singkat bertujuan untuk memberi pengajaran dan iktibar kepada kita dalam menempuh perjalanan ini.

Jadi yang demikian, bilamana kita sedang diduga ALLAH dengan beban yang begitu berat, janganlah kita mengalah. Andai  keletihan, berehatlah. Pohonlah kekuatan dari ALLAH untuk meneruskan perjalananmu. Pasti ada sesuatu yang ALLAH mengingini kau belajar, that’s why you’re going through something right now.

Boleh jadi kita sedang melalui jalan yang salah, dan ALLAH ingin menunjukkan jalan yang betul. Boleh jadi ALLAH sedang persiapkan kita untuk menghadapi liku2 yang lebih mencabar. Boleh jadi ALLAH ingin menganugerahkan kita kekuatan dan kebijaksanaan untuk memudahkan perjalanan kita. Kadanglaka kita perlu belajar menghargai sebelum ALLAH menganugerahi kita dengan kebahagiaan supaya ianya berkekalan.

Jadi bila diduga, janganlah cepat mengeluh dan mengalah. Sesukar mana pun teruskan juga perjalananmu. Sekecil mana pun langkahmu teruskan juga. Kerana tanpa kau sedar,  langkah2 kecil itu akan membawa kau jauh ke hadapan. Yakinlah, segala yang kau lalui hari ini akan membentuk dirimu yang lebih matang and worthy of HIS blessings di esok hari. Kerana itulah perjalanan hidupmu disulam indah dengan kebahagiaan dan keperitan.

Berbahagialah mereka yang mampu melihat segala yang dikehendaki ALLAH ke atas hidup mereka hanyalah kebahagiaan. Ianya tanda betapa ALLAH kasih kepada mereka.  Dengan kesedaran itu, kita tahu kita tidak bersendirian, ALLAH sentiasa bersama  di setiap langkah.

Sedarlah teman, ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya wujud di penghujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Perjalanan hidup mu adalah tanggungjawabmu. Change your perspective…you’ll be amazed on the speed your life changes. Life is a journey ~ enjoy it to the fullest while it last.



Wednesday, July 4, 2012

I Believe


A very dear friend shared this beautiful poem with me...I may not be good in creating, or finding one....but sure am lucky enuf to share this one....


I Believe...
A Birth Certificate shows that we are born
A Death Certificate shows that we died
Pictures show that we lived ~ Have a seat, relax, and read this slowly.

I Believe... 
That just because two people argue, It doesn't mean they don't love each other.
And just because they don't argue, It doesn't mean they do love each other.

I Believe...
That we don't have to change friends if we understand that friends change.

I Believe... 
That no matter how good a friend is,
They're going to hurt you every once in a while and you must forgive them for that.

I Believe... 
That true friendship continues to grow, even over the longest distance.
Same goes for true love.

I Believe... 
That you can do something in an instant that will give you heartache for life.

I Believe...
That it's taking me a long time to become the person I want to be.

I Believe... 
That you should always leave loved ones with  Loving words.
It may be the last time you see them.

I Believe...
That you can keep going long after you think you can't.

I Believe...
That we are responsible for what  we do, no matter how we feel.

I Believe...
That either you control your attitude or it controls you.

I Believe... 
That heroes are the people who do what has to be done when it needs  to be done, regardless of the consequences.

I Believe...
That my best friend and I can do anything or nothing and have the best time.

I Believe...
That sometimes the people you expect to kick you when you're down will be the ones to help you get back up.


I Believe...
That sometimes when I'm angry, I have the right to be angry
But that doesn't give me the right to be cruel

I Believe... 
That maturity has more to do with what types of experiences you've had
And what you've learned from them and less to do with how many birthdays you've celebrated.

I Believe...
That it isn't always enough,to be forgiven by others.  Sometimes, you have to learn to forgive yourself..

I Believe... 
That no matter how bad your heart is broken  the world doesn't stop for your grief.

I Believe...
That our background and circumstances  may have influenced who we are,
But, we are responsible for who we become.

I Believe... 
That you shouldn't be so eager to find out a secret, it could change your life forever.

I Believe...
Two people can look at the exact same thing and see something totally different.

I Believe...
That your life can be changed in a matter of hours by people who don't even know you

I Believe... 
That even when you think you have no more to give,
When a friend cries out to you -  You will find the strength to help.

I Believe...
That credentials on the wall do not make you a decent human being.

I Believe...
That the people you care about most in life are taken from you too soon.

I Believe... 
The happiest of people don't necessarily have the best of everything;
They just make the most of everything they have.

Most importantly!!! I Believe...
I am here for a reason. I may screw-up, make mistakes and even hurt those I love as I grow....but believe me ~ I am working hard every moment, every day of my life making my stay here a worthwhile one...


I also believe that in life there are things that need a strong soul more than strong words...so please ALLAH, help me strengthen my soul as u did my spirit ~ Ameen!!



Sunday, June 17, 2012

Put tHe GlaSs doWN ✿ܓ✿

My dearest friend shared this story wif me. Reading this, you could just imagine how lucky I am to have such a friend. I am truly blessed to have extremely wonderful people in my life in the name of family and friends. They are the real treasures of my life. The only gift I am able to give them is dua'a that ALLAH will protect and grant them everything they need and want in life and insha allah for us to meet in Jannah... (✿◠‿◠)

The stowy goes like this:

A professor began his class by holding up a glass with some water in it. 
He held it up for all to see and asked the students, "How much do you think this glass weighs?"
 "50gm!" .. "100gm!" .. "125gm!" .. the students answered.
 "I really don't know unless I weigh it," said the professor, "but my question is: What would happen if I held it up like this for a few minutes?"
 "Nothing," the students said.
 "Ok. What would happen if I held it up like this for an hour?" the professor asked. 
"Your arm would begin to ache," said one of the students. 
"You're right. Now, what would happen if I held it for a day?"
 "Your arm could go numb, you might have severe muscle stress & paralysis and have to go to hospital for sure!" ventured another student and all the students laughed. 
"Very good. But during all this, did the weight of the glass change?" asked the professor. 
"No," was the answer. 
"Then, what caused the arm ache and the muscle stress?"
......The students were puzzled.
 "What should I do now to come out of pain?" asked professor again. 
"Put the glass down!" said one of the students.
 "Exactly!" said the professor. "Life's problems are something like this.
"Hold it for a few minutes in your head & they seem OK. Think of them for a long time & they begin to ache. Hold it even longer & they begin to paralyze you. You will not be able to do anything".


~ It's important to think of the challenges or problems in your life, but EVEN MORE IMPORTANT is to PUT THEM DOWN at the end of every day before you go to sleep. That way, you're not stressed, you wake up every day fresh, strong and can handle any issue, any challenge that comes your way!" "So, remember to PUT THE GLASS DOWN!" ~

To my dearest BFFL, thank you so much for everything and everyone u have been, still am, and will always be. Thank you so much for alwiz being there and never leaving me. So this is my prayers for you alwiz :


p/s - Zana, buckle up!!! I am praying hard to ALLAH that we will be neighbours in Jannah ~ Insha ALLAH

~ XxoOxOoo ~

Saturday, June 16, 2012

PeRjAlaNan CiNtA seoraNg iSteRi

Kisah ini adalah dari pengamatan ku  dari perjalanan para isteri yang kukenali 
~ Buat renungan & iktibar bersama ~

Sesungguhnya aku terima nikahnya kerana aku mengasihi lelaki itu. Setelah bernikah, aku mencintai suamiku sepenuh hatiku, perasaan yang ku tidak tahu dari mana datangnya. Aku meletakkan segalanya kepada suamiku. Begitu besar harapanku terhadap suamiku dan perkahwinanku. Aku meletakkan dia di atas segalanya. Masha ALLAH begitu hebat pengajaran yang aku terima dari ALLAH tentang cinta itu.

Despite everything that happened, kami masih bergelar suami dan isteri. Terasa amat berat hati dan mulut ini untuk mengatakan bahawa kami telah berpisah. Aku lebih gemar beranggapan kami sedang berusaha menyelesaikan masalah antara kami, kami sedang menghadapi dugaan ini, kami sedang mengambil masa dan ruang untuk memperbaiki diri kami.

Disaat ini, bilamana aku membuat keputusan untuk memberi peluang kepada perkahwinan kami, ianya hanyalah kerana cintaku kepada ALLAH. Kerana ALLAH telah menetapkan dia sebagai suamiku, maka pastinya dia pasangan yang sempurna dan terbaik untukku. Pasangan sempurna yang akan membantu aku menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dan insha ALLAH membawa keredhaan ALLAH terhadapku.

Jika ini bukan ketentuan ALLAH apa lagi? Oleh yang demikian selagi aku bergelar isteri, akan aku berusaha sedaya upayaku  memainkan perananku dan melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Aku akan belajar dan terus menerus memelihara maruahnya termasuk juga memelihara diriku dari kemungkaran, menghormatinya sebagai imamku, memberi ketenangan kepadanya walaupun ianya bermaksud aku perlu lenyap dari hidupnya. Aku akan terus memohon kepada ALLAH supaya walaupun untuk sedetik, agar dia redha dan senang dengan kewujudan aku di dalam hidupnya sebagai isterinya.

Aku akan mendoakan kebahagiaan untuknya dunia dan akhirat. Aku akan merayu pada ALLAH supaya memberinya hidayah dan membawanya pulang ke jalanNYA seperti mana ALLAH memanggilku pulang. Supaya ALLAH ketemukannya dengan isteri yang akan memberi ketenangan kepadanya, isteri yang akan memberi kebahagiaan kepadanya dan isteri itu kekal bersamanya hingga ke Jannah.

Cintaku bebas. Cintaku memberi. Cintaku pada suamiku kerana ALLAH. Cintaku terhadap suamiku adalah pemberian paling berharga dari ALLAH kepadaku. Jadi aku yakin dengan cinta ini.

Walaupun pada awalnya aku tersilap dalam menyemai dan memeliharanya…tetapi kini aku telah sedar. ALLAH yang melahirkan perasaan cinta dihatiku hanya untuk suamiku. Oleh kerana ianya lahir setelah kami bernikah, bukankah ianya keberkataan yang ALLAH limpahkan ke atas kami di atas pernikahan kami. Tidak pernah ku sangka aku mampu mencintai seorang lelaki sebanyak ini. Sesungguhnya ALLAH Maha Besar dan Maha Mengetahui.

ALLAH melahirkan perasaan cinta ini dahulu sebelum dugaan kami bermula. Di saat kami diduga dengan hebat, ALLAH mengukuhkan lagi perasaan cinta ini. Dan bila aku merasakan  masa untuk melepaskan suamiku makin hampir, cintaku bertambah utuh. Aku melepaskannya pergi demi cintaku kepada ALLAH. Kerana andai itu yang terjadi, pastinya ia terbaik untuk kami.

Dalam tempoh yang begitu singkat, ku merasakan hidupku telah disempurnakan oleh suamiku. Untuk itu aku amat berterima kasih kepada ALLAH kerana memilihku untuk menerima anugerah ini walaupun seketika. Ku bersyukur ALLAH kerana KAU telah memilihku untuk menerima hidayahMU. Aku malu dan tunduk didepan kebesaranMU. Kau telah memberi daku peluang untuk melengkapkan imanku walaupun untuk seketika.

Aku amat malu kepadaMU ALLAH. Begitu besarnya kasihMu kepadaku, hingga tiada satu ketika di dalam hidupku yang alpa selama ini, yang aku kesali. Begitu banyak pengajaran yang kau berikan padaku. KAU tidak pernah meninggalkan aku bersendirian walaupun seketika, walaupun aku sering lalai dalam mengingatiMU. Kau sentiasa bersamaku. Kau melindungiku dan memelihara diriku. Cintaku amat kerdil dibandingkan dengan kasihMU kepadaku.




~ XoXXoO ~ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...