:: Mengapa begini jadi nye ::
Ini adalah sambungan dari sihir Part 1….kalu conpiuh bila baca nie, baca mukahdimah ya…hehehe
Kata orang di awal perkahwinan adalah masa yang terindah buat pasangan suami isteri…rasa seperti di syurga...tapi kalu gado sokmo…it’s called hell on earth…ditambah laks ngan adjustment period which usually this period (tahun pertama perkahwinan) is crucial…coz masa nie lah kita nak mengenali pasangan kita dan adjust mana yang patut untuk terus membina kehidupan bersama…
Tapi kalu dah bergaduh aje memanjang, perbualan dengan isteri sering mengguris perasaan…takat mana nak adjust pun…lama2 jam gak rasanya…ditambah laks ngan bisikan syaitan pada si suami menyesali perkahwinan tersebut and in sometime menyesal berkahwin pun ada – kalu tau baik dok bujang…Terasa segala janji dan impian sudah musnah dan adalah tipu semata2…tak mungkin mereka akan bahagia bersama…sedikit sebanyak timbul penyesalan dan rasa tawar pada isteri…
Bagi si isteri yang disihir laks…sengsara nye ngan mimpi ngeri tiap2 malam – dari mimpi hantu, binatang buas dan berbisa, ditambah ngan perasaan yang bercampur baur – benci dan sayang yang amat pada suami, tidak dapat mengawal perangai dan pertuturan kasar dan menyakiti suami, menyesal kerana berulang kali menyakiti suami walau tidak berniat begitu, bercampur ngan rasa dosa kerana tidak melayan suami sepatutnya, gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan etc…
Tak cukup ngan itu, syaitan mula membisikkan pada isteri supaya bercerai aje ngan suami…dan andai sudah mula berubat pun…perasaan benci itu menular pada perawat, teman2, keluarga (bila mereka mengetahui dan ingin membantu)…meragui keberkesanan berubat (especially bagi kes sihir berulang) coz setiap kali berubat elok sat aje…pastu makin teruk jadinya…
Dek kerana tak puas hati ngan perawat and getting desperate ~ suami laks melilau mencari perawat untuk merawat isterinye…habih sume tempat yang ada perawat dia bawa bininye…habih sume website, blog n kawan2 direfer n dipinta tolong…macam2 pendapat yang diberi…dari pelbagai tips merawat secara DIY kepada pelbagai kaedah2 rawatan n tempat rawatan…bila dah macam2 dibuat dan pelbagai kaedah dicuba…dari limau ke garam ke telur…air berbaldi2 minum dan mandi, melihat seksa si isteri setiap kali selepas rawatan…tak dapat rasanya nak digambarkan ngan kata2…
Bila melompat dari perawat ke perawat lain…timbul laks isu ~ menggunakan khidmat rawatan yang tidak berlandaskan syariat Islam…ALLAH HU AKBAR…timbul pula rasa dosa di hati suami…silap2 leh kira menyekutukan ALLAH dah nie…yang paling beh bila perawat kata nie bukan sihir aje nie…ada jihn skali…dan ada masanya suami pun dikatakan terkena sihir dan jihn…so dua2 pun berubat…
Itu belum ambil kira nak pikir…durjana mana punya angkara buek kami hidup terseksa macam nie…habih dok pikir gilpren mana aku ada tipu…suami mula meragui si siteri “ntah2 ada kekasih gelap tak bini aku nih” mulalah segala rahsia ingin dibongkar…habih senarai ex-boypren bini disiasat…ex-gf suami pun kena skali…kadang2 habih kawan2 bini pun disiasat ~ kotlah ada yang makan hati or pendam rasa ke…
Kalu dulu teman2 dan keluarga yang menyokong dan setia mendengar luahan rasa si suami dan isteri…kini ada yang merasakan sudah lama sangat masalah ini berlarutan...sudah lama sangat sengsaranye nie…apa kata berpisah aje coz mungkin itu memberi kelegaan pada kedua mereka…mungkin ini ketentuan ALLAH…jodoh tak panjang dan sebagainya…
Ada juga komen2 “hai tak habih2 lagi masalah ko nie…sampai bila ko nak macam nie??? Berpisah ajelah korang!!! Korang muda lagi…pikir lah pasal kehidupan masing2…nak cakap korang bukannya budak lagi!!!
Pun begitu, masih ada teman n ahli keluarga yang menyokong...tak kira apa pun keputusan suami dan isteri mereka masih teguh disisi...meminta mereka bersabar dan kembali pada yang ESA untuk bantuan...
Bagi suami dan isteri pula ~ sudah tiada apa yang boleh dikatakan pada satu sama lain…pihak ketiga ada kalanye membantu tapi ada kalanye lagi mengelam-kabutkan situasi…pihak ketiga pun dah mula give-up (coz brape lama dia nak tolong solve masalah korang aje…dia pun ada set of problem dia sendiri)…
Senarai suspek pun dah panjang…habih sume orang masuk…adalakanya perawat pun termasuk gak (especially bila makin teruk lepas berubat)…kawan baik, sedara mara, rakan sekerja…sumer skali lah…hidup dah tak tenang…sumer orang rasa tak boleh dipercayai…Jadi kalu sume tak betul, sume tak menjadi, sume orang bersalah, siapa yang tinggal??? Sapa yang boleh aku percaya…Suami dah buntu…rasa terperangkap dan tiada jalan keluar melainkan perceraian..
Huk huk huk…sedey kan…INTERMISSION lagi ye…apa kata korang gie tambah segelas lagi teh tarik tue.
Sambil2 tue renung2 kan lah ye...silakan ke Part 3 ye
errrmm.. seram gak ye..
ReplyDeletememang fid...cian sapa yang melaluinye...hopefully they make it through...
Delete