:: Cik Dz :: BFFL

Daisypath Friendship tickers

Monday, October 22, 2012

Sihir : Kisah Sepasang suami isteri (Finale)

This is the season finale...sape terlepas sile ke Part 8 ye

Suami tersentap dari lamunan bila pembantu hakim menyebut kes untuk bicara. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dalam 5 minit dengan menjawab beberapa soalan, mereka kini sudah tiada sebarang hubungan. Tiada tuntutan lain dari kedua pihak melainkan perceraian. Juga tiada tempoh iddah kerana tiadanya sebarang hubungan suami isteri antara mereka. 

Sebaik hakim mengesahkan perceraian, x-suami meninggalkan dewan bicara. Kini semuanya hanya tinggal sejarah. Sambil menuju ke kereta terasa beban yang dipikul hilang serta merta. Hati terasa ceria kerana segalanya berakhir dengan cara yang baik tanpa pengaiban mana2 pihak. Tiada perasaan kehilangan mahupun keperitan..malahan suami lebih bersemangat untuk memulakan kehidupan baru… 

Kini sudah hampir sebulan bergelar single man. Status di Fesbuk juga sudah di update “single”. Pastinya ramai yang bertanya…namun x-suami memilih jawapan “its meant to happen” sahaja…kerana pastinya bila gossip dah basi…mereka akan meneruskan hidup masing2. 

Ada yang mengatakan sudah takdir…takde jodoh!!! Ntah nape bila x-suami mendengar ayat ini berdesing telinganya…TAKDIR!!! Bilamana ALLAH mengizinkan perkahwinan antara hambanya dan lantas hambanya memilih untuk bercerai…mengapa takdir pula dipersalahkan???

As far as JODOH is concerned…x-suami lebih selesa memikirkan mereka memang BUKAN jodoh satu sama lain pun…sebab tuelah mereka hanya melepasi tahap lafaz nikah dan batal air sembahyang aje…selebihnya hanyalah bertujuan membawa dirinya pulang ke jalan Yang ESA…jadi untuk itu  sebagai Adam akan aku berusaha menjadi imam yang lebih baik supaya dapat ku pimpin makmumku bila ALLAH pertemukan aku dengan Hawaku kelak. Siapakah sia, bila dan bagaimana ianya akan terjadi..itu Adam serahkan kepada yang ESA…

Sesekali Adam masih berhubung dengan keluarga Jandanya…sekadar bertanya khabar…Islam mengajar hambanya menjaga silaturrahim bukan, jadi mengapa perlu diputuskan hubungan ini hanya kerana terputus hubungan itu. 

As for Jandanya…moga dia menjumpai apa yang dicarinya…mereka tidak pernah berhubung selepas hari bersejarah itu…tiada keperluan pun… Itulah yang terbaik…Bagi mereka yang telah menzaliminya pula, Adam menyerahkan pada yang ESA untuk memberi pengajaran kepada mereka dan supaya ianya turut menjadi ikhtibar kepada yang lain. 

Yang penting sekarang nie bagi Adam…enjoy life as a single man to the FULLEST!!! Coz he just came back from HELL…

FINALLY : THE HAPPY ENDING


Terpegun juga aku mendengar kata2nya...namun its true what they say about challenges in life....



~ XoXXOxxO ~ 

Sihir : Kisah Sepasang suami isteri (Part 8)

The story is quite long...coz I share it as and when it happens when I get d updates..so bear wif me please. Andai ingin mencari permulaannya cari under label Kisah Hati ye kawan2...

For Part 8, this is how the story goes....

Andai masih ingat...di Part 7, keduanya suami dan isteri bersetuju untuk bercerai walaupun tanpa kerelaan...

Kini tibalah hari yang dinanti2…hari perbicaraan kes perceraian mereka. Genap setahun sebulan mereka bergelar suami isteri, di hari ini kes mereka dihadapkan ke mahkamah. Kelihatan ramai pasangan di dewan mahkamah. Suami dan isteri bersetuju untuk bercerai dengan cara baik. Jadi memilih untuk hadir sendiri ke mahkamah tanpa peguam. Suami tak putus2 memohon bimbingan dari ALLAH agar tiada pengaiban dan penzaliman yang terjadi di dalam proses perceraian mereka. Kerana ini adalah apa yang di ingini isterinya…

Mengenang kembali sebulan yang lalu, si isteri menghubungi suami menyatakan dia telah pun memfailkan kes perceraian di mahkamah dan memberikan suami tarikh sebutan. Terkejut, suami meminta si isteri pertimbangkan keputusannya. Namun isteri mengingatkan suami akan perjanjian mereka untuk memfailkan perceraian. 

Seminggu sebelum sebutan kes, suami mencuba lagi. Alhamdulillah kini isteri mula menjawab kiriman sms suami. Namun isteri menyatakan kekesalannya dengan perkahwinan mereka. Betapa perkahwinan ini suatu kesilapan di dalam hidupnya dan bilamana tiada cinta dan perasaan terhadap si suami dari awal perkahwinan mengapa perlu menyeksa diri dan meneruskannya. 

Perit hati suami mendengarnya…. Isteri menyatakan mungkin mereka hanya sesuai berkawan namum tidak sebagai suami isteri. Isteri hanya menyedari dia tidak mempunyai perasaan terhadap suami beberapa bulan selepas perkahwinan mereka. Walaupun mereka mengenali satu sama lebih dari sepulun tahun dan mula berkawan secara serious selama 2 tahun sebelum menempuh pelbagai cabaran untuk mendirikan rumahtangga.  

Keluarga isteri juga puas memujuk dan meminta sebab untuk perceraian. Namun isteri hanya menyatakan dia tidak menyukai si suami…dan itu sudah mencukupi untuk perceraian. Dia tidak sanggup untuk hidup bersama suami lagi dan terus berdosa kepada yang ESA. 

Dikala itu hanya ALLAH yang mengetahui betapa hancurnya hati suami. Begitu mudah cintanya dibuang. Walaupun suami yakin alasan isteri hanyalah supaya suami melepaskannya pergi, namun bilamana dia sudah tidak dapat meyakinkan isteri untuk terus berjuang dan pertahankan perkahwinan ini, terasa diri amat kecewa kerana gagal mempertahankan rumahtangga mereka. 

Dikala itu suami hanya mampu menitipkan doa kepada yang ESA supaya tiada yang lain selepasnya untuk merasai derita sebegini rupa. Jauhkanlah suami mahupun isteri diluar sana dari dugaan sebegini berat. Tidak tertanggung rasanya hati. Terasa cintanya diperlekeh dan dipijak2 sesuka hati. Tidak pernah lahir cinta sebegini kuat terhadap sesiapa, namun ALLAH menganugerahkan kepada suami hanya untuk isterinya. Akan tetapi bila ini yang terjadi…suami hilang kata2 seketika. Namun keyakinan bahawa ALLAH hanya menetapkan yang terbaik untuk dirinya, suami bersetuju untuk melepaskan isteri secara baik di mahkamah.  

Dalam menanti tarikh sebutan, pelbagai persoalan muncul difikiran suami. Jadi sebenarnya memang tiada sihir?? Tapi bagaimana dengan tanda2 sihir dan proses rawatan yang dilakukan ke atas isteri? Suami mula meragui… Jadi apa yang sebenarnya!!! Andai dia hanya ingin mempermainkan diri ini, mengapa perlu sampai ke perkahwinan? Psycho betul bini aku nih?? Tak kan dia suka suki nak bergelar MJ (Mak Janda)??? Biar betik??? Apa yang berlaku memang tidak dapat diterima akal…bila di flash back d series of mental and emotional torture yang dilalui sepanjang setahun ini, its not making any sense… no sensible picture is coming to mind…

Namun yang pasti hanya satu. Bila isteri memilih untuk berhenti berjuang sekarang disaat perkahwinan mereka di tahap infant stage tanpa sebarang hubungan melainkan di atas kertas, jadi pasti itulah yang terbaik. Kerana suami yakin ini hanyalah permulaan. Akan ada lebih banyak lagi caraban2 hebat di dalam perkahwinan…Its better to loose an arm now than sanity di masa hadapan…

TAWAKKAL…hanya itu yang mampu dilakukan suami. Kerana sesungguhnya sudah tiada jalan lain lagi. Hanya ALLAH yang mampu mengubah situasi ini menjadi lebih baik. Apa yang dikhuatiri suami ialah kemarahannya di dewan mahkamah kelak. Kemarahan telah pun mula membakar hatinya? Pohon cinta …Ko terbakarlah sekali ye!!! Mampukah dia menahan godaan syaitan durjana? Mampukah dia menjawab soalan2 hakim dengan baik tanpa mengaibkan si isteri? Mampukah dia melafazkan talak dan melepaskan isteri dengan cara baik? Suami tidak dapat melelapkan mata di malam itu memikirkan akibatnya andai dia hilang kewarasannya di dewan mahkamah esok pagi…

Kesudahannya...enjoy d season finale guys  

Terkenal di Langit : Kewafatan Beliau...


Sambungan dari "Wali Allah"...

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.


Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.


Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."



Terkenal di Langit : Wali Allah...


Sambungan dari "Biarlah hamba Fakir"...

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."

"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.

"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.

"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal...

Terkenal di Langit: Biarlah Hamba Fakir...


Ini adalah sambungan dari Kecintaannya kepada Rasulullah SAW...

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.Memang benar! Dia penghuni langit.

 Dan ditanya Uwais oleh kedua  tamu tersebut, "Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan, "Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah.
Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?" Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu.

Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, "Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian”.

 Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, "Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata, "Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya...

Terkenal di Langit : Kecintaannya pada Rasulullah SAW

Andai ingin mengenali sifat2 beliau...sila baca entry  Siapakah beliau?? ya 


Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. 

Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya.

 Beliau amat faham hati nurani anaknya,  Uwais dan berkata,"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Terkenal di Langit : Siapakah Beliau??


Kisah Wali ALLAH ini ingin ku kongsi sebagai pedoman untuk diri ini juga...Its a bit long...tapi yakinlah...ITS WORTH IT....credit goes to Mencari Damai 

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. 

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...