Bagaimana mereka sampai ke sini...sila ke Part 5 kawan2...
Suami mengharapkan bimbingan dari Ilahi dalam mencari penyelesaian yang terbaik untuk kedua mereka.
Dari jauh suami melihat kelibat isteri…dia kelihatan ceria…dan YESSS!!! Dia senyum padaku…hati suami berbunga2 bercampur debaran memikirkan maksud disebalik senyuman itu…terasa jantung ingin lompat keluar dari dadanya dan lari sejauh mungkin.
Isteri kelihatan jelita dan alhamdulillah sihat…sepertimana keadaaanya sebelum perkahwinan mereka… Melihat keduanya mampu tersenyum pada satu sama lain, membuat suami tersenyum. Si isteri memulakan bicara dengan bertanya kepada suami akan keputusannya terhadap situasi mereka...
Suami bertanya keadaan isteri sepanjang tempoh masa ini. Isteri menyatakan tiada lagi mimpi ngeri. Tiada lagi resah gelisah. Isteri telah berusaha mencari maklumat dan berubat…seperti andaian suami, benarlah diri disihir. Begitulah kata ustaz2 yang ditemuinya. Sudah begitu banyak tempat di serata negara si isteri berkunjung untuk merawat dirinya. Pelbagai kaedah yang digunakan…terkini akar pokok ara…habis lebam2 badan si isteri…tetapi makhluk itu degil sekali. Ingkar meninggalkan badan si isteri.
Kesemua ustaz yang ditemui mengatakan memang ada yang menyihirkan perkahwinan ini kerana tidak suka akan penyatuan si suami dan isteri…tetapi tiada siapa yang berjaya membuang sihir tersebut.
Si isteri sudah penat. Tidak mampu berubat mahupun bertahan lagi. Biarlah perceraian yang terjadi. Mungkin itu akan membantu menyelesaikan masalah sihirnya. Biarlah syaitan itu memusnahkan dirinya. Andai ditakdirkan Ilahi untuk isteri menikahi insan yang menyihirnya biarlah ia berlaku? Andai ditakdir Ilahi si isteri hanya menyesali perceraian ini selepas ianya terjadi, maka biarlah ia menelan perit tersebut kelak…kini isteri berputus asa, pada diri, perubatan malah semua sekali.
Bila suami bertanya perasaan si isteri kini. Isteri menyatakan dia tidak punya sebarang perasaan terhadap suami mahupun perkahwinan ini…kecewa suami mendengarnya…akan tetapi suami pernah berjanji yang dia tidak akan memaksa si isteri untuk meneruskan perkahwinan ini andai dia tidak mengingininya.
Bila ditanya tentang hubungan keluarga dan rakan2…menurut isteri dia kini lebih senang bersendirian…Punya teman tetapi tiada yang akrab mahupun dipercayai sepenuh hati. Keluarga pula jarang2 ditemui. Bila ditanya hubungan dengan Yang ESA…isteri cuma tersenyum sinis persoalkan takdir atas apa yang terjadi.
Suasana sunyi seketika…si isteri seakan menyerahkan segalanya pada suami untuk membuat keputusan.
Dengan hati yang berat, dan sayu mengenangkan keadaan isteri, suami mencadangkan perceraian pada isteri. Semata2 untuk melihat reaksi isteri dalam mempertahankan perkahwinan mereka. Isteri diam seketika, lantas bersetuju dengan cadangan tersebut.
Suami berkata di dalam hati…“demi kasihku padamu, akan ku lepaskanmu pergi andai itu yang memberikan kebahagiaan kepadamu sayang. Hanya ini mampu ku lakukan. Hanya ini mampu abang berikan sebagai hadiah perkahwinan kita yang abang kira pasti akan membahagiakan dirimu.”
Perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Untuk pertahan dan meneruskannya memerlukan dua pihak untuk bersetuju dan berusaha sepenuh daya. Akan tetapi untuk perceraian, keinginan satu pihak sudah mencukupi…
Suami berkongsi sedikit perjalanan dirinya kepada isteri. Suami mengerti isteri sudah penat berubat dan ingin berputus asa. Pun begitu, suami mencadangkan agar si isteri memohon pertolongan untuk kali yang terakhir, bukan dari ustaz, bukan dengan meminum air jampi, apatah lagi bertemu bomoh. Akan tetapi di dalam sujud memohon pada Ilahi untuk membantu dirinya.
Suami berkongsi lagi hikmah2 yang telah dia perolehi dari ujian ini. Betapa ALLAH telah memberikan dirinya ketenangan saat dipinta untuk si isteri. Betapa ALLAH telah memberikan petunjuk saat di pinta untuk si isteri. Sungguh besar rahmat dan kurniaan Ilahi ke atas dirinya. Hidup si suami kini sudah mempunyai maksud. Suami kini mengerti tujuan penciptaannya. Dan yang paling penting, hidup suami kini sedang diperbaiki oleh ALLAH.
Terkedu si isteri bila suami menyarankan si isteri untuk mencari hikmah disebalik semua kejadian ini, kerana tidak pernah terlintas di fikirannya tentang HIKMAH yang ESA disebalik semua ini... Suami berkata lagi… “Apa yang terjadi, mengapa ia terjadi, hanya ALLAH yang maha mengetahui. Tetapi yang pasti, segala yang terjadi adalah hanya dengan keizinanNYA”.
Suami mendapat suatu idea. Lalu memulakan bicara… “Kita sudah berusaha berubat, tidak berjaya. Kita sudah berusaha bertahan, namun tiada perubahan. Jadi kini, seperti yang Tipah pernah pinta, kita cuba perceraian. Andai ALLAH menetapkan ia ke atas kita, maka pasti akan dipermudahkan urusan perceraian kita. Namun, jika tidak, maka sewajarnya kita menyingkirkan ia dari senarai potensi penyelesaian kita…bagaimana??? Setuju???”.
Si isteri diam memikirkan saranan suami dan bersetuju. Tidak tahu apa yang bermain di minda isteri.
Suami mencadangkan untuk menguruskan hal berkenaan perceraian. Tidak disangka si isteri bersetuju. Si suami meneruskan perbualan bersembang tentang kehidupan dan keluarga masing2. Bergelak tawa dan bergurau senda. Terubat sedikit kerinduan akan kemesraan yang pernah wujud di antara mereka sebelum pernikahan.
p/s – pasti kalian memikirkan yang adakah ini kesudahan pasangan suami isteri ini? sambungannya di Part 7 ye ...sementara itu untuk renungan kalian ~
No comments:
Post a Comment