That’s my conclusion of life. Sebagai Muslim, kita tahu ajal hanyalah permulaan hisab kita sementara menantikan padang Mashyar dan titian sirat. Baik atau buruk, salah atau betul kita semua sedang menempuh perjalanan menuju ke padang Mashyar. Jadi yang demikian, apa sahaja yang kita lalui didunia adalah ujian dari ALLAH untuk persiapkan pertemuan kita denganNYA kelak.
Adakalanya kita diuji dengan nikmat dan adakalanya dengan keperitan. Pun begitu kita perlu meneruskan perjalanan ini. Itulah ketetapan ALLAH ke atas kita. Jadi kita tidak boleh berputus asa atau mengalah dalam meneruskan kehidupan ini. Kegagalan sebenar adalah ketika kita menerima buku amalan kita dengan tangan kiri di padang mashyar nanti.
Apa yang indah mengenai perjalanan ini ialah kita akan bertemu dan beriringan dengan musafir2 lain. Dengan izin ALLAH, mereka ini akan mengambil liku-liku yang sama dengan kita, pun begitu cabaran dan dugaan setiap kita tetap berbeda. Ada yang kekal bersama hingga ke akhir, tetapi ada juga sekadar teman seketika kerana masing2 punya perjalanan sendiri untuk ditempuh. Pertemuan yang singkat bertujuan untuk memberi pengajaran dan iktibar kepada kita dalam menempuh perjalanan ini.
Jadi yang demikian, bilamana kita sedang diduga ALLAH dengan beban yang begitu berat, janganlah kita mengalah. Andai keletihan, berehatlah. Pohonlah kekuatan dari ALLAH untuk meneruskan perjalananmu. Pasti ada sesuatu yang ALLAH mengingini kau belajar, that’s why you’re going through something right now.
Boleh jadi kita sedang melalui jalan yang salah, dan ALLAH ingin menunjukkan jalan yang betul. Boleh jadi ALLAH sedang persiapkan kita untuk menghadapi liku2 yang lebih mencabar. Boleh jadi ALLAH ingin menganugerahkan kita kekuatan dan kebijaksanaan untuk memudahkan perjalanan kita. Kadanglaka kita perlu belajar menghargai sebelum ALLAH menganugerahi kita dengan kebahagiaan supaya ianya berkekalan.
Jadi bila diduga, janganlah cepat mengeluh dan mengalah. Sesukar mana pun teruskan juga perjalananmu. Sekecil mana pun langkahmu teruskan juga. Kerana tanpa kau sedar, langkah2 kecil itu akan membawa kau jauh ke hadapan. Yakinlah, segala yang kau lalui hari ini akan membentuk dirimu yang lebih matang and worthy of HIS blessings di esok hari. Kerana itulah perjalanan hidupmu disulam indah dengan kebahagiaan dan keperitan.
Berbahagialah mereka yang mampu melihat segala yang dikehendaki ALLAH ke atas hidup mereka hanyalah kebahagiaan. Ianya tanda betapa ALLAH kasih kepada mereka. Dengan kesedaran itu, kita tahu kita tidak bersendirian, ALLAH sentiasa bersama di setiap langkah.
Sedarlah teman, ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya wujud di penghujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Perjalanan hidup mu adalah tanggungjawabmu. Change your perspective…you’ll be amazed on the speed your life changes. Life is a journey ~ enjoy it to the fullest while it last.
No comments:
Post a Comment