Suami tersentap dari lamunan bila pembantu hakim menyebut kes untuk bicara. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dalam 5 minit dengan menjawab beberapa soalan, mereka kini sudah tiada sebarang hubungan. Tiada tuntutan lain dari kedua pihak melainkan perceraian. Juga tiada tempoh iddah kerana tiadanya sebarang hubungan suami isteri antara mereka.
Sebaik hakim mengesahkan perceraian, x-suami meninggalkan dewan bicara. Kini semuanya hanya tinggal sejarah. Sambil menuju ke kereta terasa beban yang dipikul hilang serta merta. Hati terasa ceria kerana segalanya berakhir dengan cara yang baik tanpa pengaiban mana2 pihak. Tiada perasaan kehilangan mahupun keperitan..malahan suami lebih bersemangat untuk memulakan kehidupan baru…
Kini sudah hampir sebulan bergelar single man. Status di Fesbuk juga sudah di update “single”. Pastinya ramai yang bertanya…namun x-suami memilih jawapan “its meant to happen” sahaja…kerana pastinya bila gossip dah basi…mereka akan meneruskan hidup masing2.
Ada yang mengatakan sudah takdir…takde jodoh!!! Ntah nape bila x-suami mendengar ayat ini berdesing telinganya…TAKDIR!!! Bilamana ALLAH mengizinkan perkahwinan antara hambanya dan lantas hambanya memilih untuk bercerai…mengapa takdir pula dipersalahkan???
As far as JODOH is concerned…x-suami lebih selesa memikirkan mereka memang BUKAN jodoh satu sama lain pun…sebab tuelah mereka hanya melepasi tahap lafaz nikah dan batal air sembahyang aje…selebihnya hanyalah bertujuan membawa dirinya pulang ke jalan Yang ESA…jadi untuk itu sebagai Adam akan aku berusaha menjadi imam yang lebih baik supaya dapat ku pimpin makmumku bila ALLAH pertemukan aku dengan Hawaku kelak. Siapakah sia, bila dan bagaimana ianya akan terjadi..itu Adam serahkan kepada yang ESA…
Sesekali Adam masih berhubung dengan keluarga Jandanya…sekadar bertanya khabar…Islam mengajar hambanya menjaga silaturrahim bukan, jadi mengapa perlu diputuskan hubungan ini hanya kerana terputus hubungan itu.
As for Jandanya…moga dia menjumpai apa yang dicarinya…mereka tidak pernah berhubung selepas hari bersejarah itu…tiada keperluan pun… Itulah yang terbaik…Bagi mereka yang telah menzaliminya pula, Adam menyerahkan pada yang ESA untuk memberi pengajaran kepada mereka dan supaya ianya turut menjadi ikhtibar kepada yang lain.
Yang penting sekarang nie bagi Adam…enjoy life as a single man to the FULLEST!!! Coz he just came back from HELL…
FINALLY : THE HAPPY ENDING
Terpegun juga aku mendengar kata2nya...namun its true what they say about challenges in life....
~ XoXXOxxO ~