Bagi yang terlepas episode sebelum ini sila ke Part 6 ye...
Sudah dua bulan berlalu sejak pertemuan mereka. Hingga ke hari ini suami masih belum menguruskan hal perceraian mereka. Hanya borang yang diambil. Tiada kudrat rasanya suami untuk mengisi apatah lagi menghantarnya.
Si isteri pula membisu seperti biasa. Suami menjangka si isteri akan mendesak untuk perceraian, namun tiada pula desakan darinya untuk percepatkan urusan perceraian mereka. Tidak menyedari sudah setahun mereka menjadi suami dan isteri…sedikit sebanyak suami merasa gembira mengenangkan perkahwinan yang telah berusia setahun itu. Terasa harapan untuk perubahan masih ada.
As far as the family is concerned, perceraian adalah yang terbaik untuk kedua mereka…kerna mereka juga tidak mampu mencadangkan penyelesaian lain. Tetapi dalam diam kesemua memendam harapan agar ALLAH memperbaiki kesemua dan suami dan isteri boleh hidup bahagia seperti sebelum perkahwinan dulu.
Tidak disangka ALLAH yang membimbingnya dimalam suami mencadangkan perceraian pada isteri. Suami tidak inginkan perceraian…begitu juga isteri. Tetapi seakan2 cuba habis dicuba segala cara, melainkan perceraian…Kini suami mampu melihat hikmah disebalik kejadian itu…
“Kita sudah berusaha berubat, tidak berjaya. Kita sudah berusaha bertahan, namun tiada perubahan. Jadi kini, seperti yang Tipah pernah pinta, kita cuba perceraian. Andai ALLAH menetapkan ia ke atas kita, maka pasti akan dipermudahkan urusan perceraian kita. Namun, jika tidak, maka sewajarnya kita menyingkirkan ia dari senarai potensi penyelesaian kita…bagaimana??? Setuju???”…Itulah persetujuan terkini suami dan isteri…
Risikonya amat tinggi…akan tetapi suami yakin ALLAH bersamanya. Jadi peluang untuk menyingkirkan perceraian dari penyelesaian ada 50%...jadi sehingga ALLAH yang menggerakkan suami dan isteri kepada perceraian…it’s never gonna happen babe…
Lagipun proses perceraian bukan mudah. Boleh jadi walau dimulakan pun, mereka tidak akan bercerai sudahnya. Ada terlalu banyak kemungkinannya…Alhamdulillah, ini yang terbaik untuk mereka di waktu ini. ALLAH sedang mendidik mereka dan insha allah proses penyelesaian sudah pun bermula…
Si suami kini semakin sibuk memperbaiki dirinya dan hubungannya dengan ALLAH hingga dia terlupa langsung hal perceraian dengan isteri. Si suami kini semakin redha dengan ketentuan Ilahi. Benarlah kata ahli fikir…orang yang sibuk melihat kekurangan dirinya dan memperbaiki dirinya tidak akan punya masa untuk memikirkan keburukan atau kekurangan orang lain…
Suami membuat keputusan untuk benar2 hilang dari hidup si isteri…biarlah si isteri merasakan kehidupan tanpa kehadirannya…mungkin itu mampu membantu isteri mengenalpasti apa yang benar2 diingininya di dalam kehidupan…
Suami yakin dengan ILAHI…selama setahun ini ALLAH telah banyak perbaiki kehidupannya. Segala yang berlaku mula masuk akal. Suami mula memahami tujuan ujian yang diturunkan ke atas dirinya…ke atas mereka…saban hari suami mendoakan ALLAH melimpahkan rahmat ke atas si isteri dengan melembutkan hatinya untuk pulang ke jalan YANG ESA…hanya yang demikian mampu mengubat kesengsaraannya…hanya yang demikian mampu memberikannya kebahagiaan. Ini bukan kata semata2 kerna suami telah melaluinya sendiri...
Ditambah bila suami telah menyerahkan hati dan kubur cintanya pada ALLAH, dia merasakan beban yang besar di angkat dari bahunya…Tiada lagi kerisauan yang melampau tentang apa yang bakal terjadi antara mereka…kerana walau berjauhan mereka masih suami dan isteri. Walau mereka hanya suami dan isteri di atas sekeping kertas, ALLAH masih menetapkan mereka suami dan isteri…Hubungan ini ditetapkan dan dikehendaki ALLAH…jadi ianya hanya akan berakhir bila ALLAH mengkehendakinya…
Apa yang suami mampu lakukan ialah berusaha sedaya mungkin dan menyerahkan segalanya kepada YANG ESA untuk yang terbaik bagi kedua mereka. Bilamana ALLAH mengkehendaki mereka berjauhan begini pastinya ia yang terbaik untuk kedua mereka. Ianya perit, sudah pasti...menyeksakan...tetapi si suami yakin, ALLAH sentiasa mempunyai rancangan yang terbaik buat hamba2NYA. Jadi kini si suami perlu terus melaksanakan tanggungjawabnya sebaik boleh kerana hubungan suami isteri bukan sekadar di atas kertas. Ianya mengenai 2 sahabat yang terus menyokong satu sama lain dengan cara terbaik dapat mereka lakukan…biarpun ianya bererti berjauhan dan memberi masa untuk sahabat itu mencari dirinya. Biarpun ianya untuk seketika, biarpun dalam keadan berjauhan, mereka tetap sahabat terbaik yang melengkapkan satu sama lain ~ kerana ianya ketetapan YANG ESA.
"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama sayangku...Ya ALLAH, Tuhan yang MAHA ESA... Yang MAHA MENGETAHUI, YANG MAHA MENGASIHANI...ku merayu padaMU...limpahkanlah rahmatMU ke atas isteriku. Kasihanilah dia YA RABB...lembutkanlah hatinya untuk menerima hidayahMU dan bawalah dia pulang ke jalanMU. Hanya yang demikian mampu melenyapkan segala derita dan kesengsaraannya. Aku kasih kepadanya ALLAH. Dia adalah isteri yang KAU anugerahkan kepadaku sebagai amanah...Kurniakanlah dia dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat...Ameeen"
Teman, marilah kita jua mendoakan mereka semoga ALLAH terus memberikan mereka kekuatan dan ketabahan untuk terus bertahan dan tidak berputus asa dalam menghadapi ujian ini. Dalam menantikan rahmat dariNYA. Apa sahaja ketentuan ILAHI, pasti ianya yang terbaik untuk kedua mereka, insha ALLAH.
Kesudahannya...Part 8