Monday, May 11, 2015

Part 2: RIP Boya…Till We Meet Again

Andai terlepas perjalanan Boya sebelum ini ....Part 1: RIP Boya…Till We Meet Again

Hari sihat Boya
Masih jelas dimemoriku…2 hari sebelum permergiaannya boya sangat aktif…dia main kejar2 ngan abang aji dan adek2nya… hatiku melonjak gembira kerana ku sangka segala usaha berhasil…the vet said in the case of FIP chances are living are merely days or weeks aje. Tetapi Boya has fought and survived the virus for almost 3 months now….Jadi aku sangkakan mungkinkah he had shed the virus…so he might just de 1% survivor…Boya has always been a fighter (baca entryku disini)…

Oleh kerana masa tuh cuti sekolah dan boya kelihatan sihat…keluargaku mengajak aku to take time out just for a day..adek aku janji by malam kita akan sampai umah…maka aku bersetuju dan pergi berjimba… 

Sewaktu sampai aje rumah…perkara pertama aku lakukan ialah mencari Boya…kelihatan dia sedang bermain dengan sesuatu di dapur dengan adek2nya…bila kuhampiri dia alangkah terkejutnya aku bila aku  mendapati sebelah mukanya bengkak…penglihatannya juga kurang jelas…

Terus aku menangis…I said to myself…how could I let this happen…I should have not gone out today… bila aku pegang mukanye yang bengkak takde pulak dia menjerit. Selera makan masih ada…jadi aku sedikit lega….

Keesokan paginya, aku terus membawa Boya ke Vet…the doc said virus the menyerang sarafnya dan tak lama lagi otaknya…jadi selepas ini keadaannya akan semakin teruk…virus akan menyerang saraf matanya dan Boya akan menjadi buta. Apabila virus itu menyerang otakny,a Boya akan kencing & berak merata, dia tidak akan mampu berjalan…jadi doctor kata sudah tiada apa yang boleh dilakukan untuknye. Aku boleh bawa dia pulang for a natural death atau put him to sleep.

Masa nih airmata aku memang tak boleh berhenti…aku dah tak peduli siapa yang melihat…aku cakap ngan vet takpe saya bawa dia balik…and I will stay with him until he leaves. His family need to say thank you and goodbye.

Sampai dirumah, aku cuba beri Boya makan…tapi mulutnya bengkak dan lebam berwarna ungu…tak boleh makan langsung…aku buatkan bubur salmon dan cuba guna picagari untuk suap dia makan…Boya tak nak…aku cuba beri air…Boya tak nak…jadi aku biar dia berehat...Boya cuma nak tidur aje bersebelahan denganku…jadi aku tidak mahu memaksanya

Malam tuh keadaannye menjadi semakin teruk..Tiba2 Boya bangun dan berjalan menyusuri dinding sampai dia langgar alamari. Then dia belok, jalan dan bila langgar dia akan belok lagi…aku tahu kini Boya buta…ganas sungguh virus ini…kerana aku takut dia jatuh tangga…maka aku masukkan dia kedalam sangkar yang dilapik kain…

Sepanjang malam sekejap2 dia akan terjaga dan cuba berjalan dan langgar sangkarnya…sangat seksa keaadaannya…aku berdoa pada Allah supaya membawanya pulang kerana keadaannya sangat seksa… aku menangis tak henti...basah bantalku...entah pukul berapa aku tertidur aku pun tak pasti…

Keesokkan paginya Boya sudah tidak bergerak dalam sangkar… Aku perhati dadanya masih bergerak...jadi aku lega Boya masih bernafas dan sedang tidur…mungkin otaknya sudah finally resting. Selepas subuh dan beri anak2 bulus yang lain makan aku naik ke bilik untuk beri Boya air…

Saat inilah yang paling seksa…aku lihat Boya cuba bangun tetapi dia kelihatan seperti lumpuh pinggang ke bawah…jadi dia kan terjatuh bila cuba bangun…dia cuba mengiau tetapi suaranya tidak keluar…tekaknye kering dan bengkak dan lebam mulutnya makin menjadi…selang 30 saat dia akan cuba bangun dan jatuh kembali…peritnye melihat keadaannya…aku tahu sudah tiada apa yang mampu aku lakukan untukknya…jadi aku terus berdoa supaaya Allah mengambilnya dengan segera supaya Boya tidak lagi terseksa…Aku bercakap2 dengannya dan mengusapnya supaya Boya tahu aku ada disisinya…

Dia menjadi lebih tenang bila aku mengusapnya…baru aku teringat…iyelah dia sudah buta…sensesnya not functioning…jadi bila dia mendengar suaraku dan merasa usapan tangan ku dia menjadi tenang. 

Disaat ini…mak suri, abang aji dan yang lain datang menjenguknya…seolah2 mengucapkan selamat tinggal. Boya semakin nazak…ku lihat dadanya kencang…dan sekali sekala dia kan mengelupur seperti ikan yang dikeluarkan dari air…Seolah-olah ajalnye sudah sampai dan rohnya sedang ditarik keluar… makin lama makin kencang Boya mengelupur…di saat ini aku menangis tanpa henti dan merayu pada Allah...”Have Mercy Allah…Have Mercy….Please Allah…have Mercy on Boya…Please Allah…Mercy Allah!!! Mercy Allah!!!Mercy Allah” 

RIP Boya...
Buat kali terakhirnya Boya mengelupur…kejang seluruh badan hingga kembang bulu-bulunya dan segalanya terhenti dalam sekelip mata seolah2 rohnya sudah pun meninggalkan tubuhnya…di saat ini barulah keluar air kencing setelah 2 hari dia tidak kencing dan air liurnya…matanya dalam keadaan terbuka…

Entah mengapa hati ku lebih tenang… Walaupun sangat perit…aku bersyukur kerana Boya tidak perlu lagi terseksa…aku mengajak ibuku segera menanam Boya…ku kuburkan dia disebelah kubur mimish…Setelah 2 tahun berlalu barulah aku mempunyai kekuatan untuk menulis kisah Boya…

Sepanjang aku menulis kisah ini…airmataku tak berhenti mengalir…begitu banyak yang aku pelajari darinya walaupun dia hanya seekor kucing…aku bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan Boya kepada keluargaku…walaupun hanya untuk seketika…He reminded and taught me lesson I have forgotten...How to be happy no matter what life throws at you...How to fight to matter how bad the situation looks like...

Bagi cat owners yang lain...berhati-hatilah dengan virus ini... I pray to Allah that I will not have to encounter such disease in my cats anymore...Berehatlah Boya…your journey was full of pain...Till we meet again…in shaa allah in Jannah…

Setelah pemergian Boya...aku mulakan Projek Pinggan Biru...nantikan entry ku nanti ye

Part 1: RIP Boya….Till we meet again

Mungkin  kalian ingat…last year aku ada menulis entry on Boboy d fighter (link di sini)

Namun pada 20 May 2013 @ 10.00am, Boya telah pergi meninggalkan aku…sepanjang setahun ++ boya bersamaku banyak sungguh kenangan manis bersama. Setiap kali aku keluar dia akan menghantarku hingga tangga dan nantikan kepulanganku disitu. Andai aku berkerja di ruang bawah atau dapur akan dia teman hingga selesai kerjaku…dan bila aku memanggil…ok boya jom naik…sambil mengiau2 dia akan berlari di belakangku…

Adakalanye kami akan bermain kejar2, main nyorok2, bergusti dan berlumba lari naik tangga. Bila mana aku tidak sihat dan tiada tenaga untuk menaiki tangga selaju dia…maka dia naik secara perlahan menantiku dan kami naik seiringan…Boya juga suka ronda2 naik kereta. Hampir setiap pagi dia mengikutku mengambil nenek (a.k.a ibuku) selepas kelas mengajinya and mak sue (adeqku) di stesen bas. 

Kegemarannay adalah nasi hati…dimana aku akan merebus ikan tongkol & hati ayam dengan asam keping (untuk bulu yang cantik) dan digaul bersama dengan nasi…Boya makan nasi ditangga dan akan tidur di ruang atas rumah lepas sarapan…tapi kalau pagi tuh menunya nasi hati memang setiap lima minit dia turun ke tangga dan makan… dan tidur sepanjang hari...

Sejak kehadiran Boya tiada malam yang aku tidur bersendirian…tetapi malam itu yang pertama…terasa kesunyiannya..terbayang2 aku Boya berlari-lari dirumah dan suaranya meminta manja seperti biasa…

Untuk pengetahuan kalian, Boya muncul ke dalam hidupku disaat aku amat memerlukan harapan and something to fight for. When I needed to learn that I am not a loser…I can actually make things work…Melayan Boya menjadi aktiviti sepenuh masa aku. Since I work from home, hubungan kami menjadi sangat akrab... 

Boya juga punya adek2, mak suri, abang aji dan acik kichi. All together there are 9 of them. Namun Boya adalah anak emasku. Coz he was a gift from Allah to me. He brought soo much laughter and joy to my life. Begitu aktif dan ingin bermain sentiasa. I knew the day would come for him to leave me…but I never thought, he will suffer soo much and teach me great lesson when he leaves. 

Segalanya bermula 4 - 5 bulan sebelum pemergiannya bila Boya mula demam secara berterusan…pelbagai natural remedy yang ku cuba dan lawatan ke Vet menjadi aktiviti mingguan kami…hinggalah bila Boya mula susut berat badan dan mengalami kesukaran bernafas. Boya menjadi sangat pasif dan hanya tidur / duduk diam.

Boya After Surgery to remove fluid in his lungs...
Urgently to Vet I rushed him. Sentap aku bila doktor mengatakan yang boya mengalami paru2 berair dan terpaksa ditahan untuk xray dan prosedur mengeluarkan fluid di paru2nya…Disaat itu aku terbayang betapa aku bakal kehilangannye. Selepas rawatan untuk seketika boya kelihatan sangat manja dan berselera…doktor berpesan supaya menjaganya kerana keberangkalian penyakitnya untuk berulang amat tinggi…

Sejak itu acara memakan ubat boya bermula…tak salah aku it was in mid February 2013. Boya ceria selama 2 minggu…kemudian demamnye bermula kembali…saban hari aku force feed boya…pelbagai recipe bubur ikan aku buat. Dari ikan tongkol, tuna, kerisi, kembung, salmon, tenggiri…apa sahaja yang dia makan akan ku berikan…adakalanye rebus, adakalanye goreng. Ibuku adalah pembantu bertauliah when it comes to force feeding boya. Ibuku akan memegang tangan dan kakinye supaya dapat aku suapkan makanan dan ubatan kepadanya. 

Pada kali ke-3/4 (lost count of visits) temujanji di vet, doctor mengatakan Boya menunjukkan tanda  diserang sejenis virus (Feline Infectious Peritonitis). Chances of survival almost nil. There is no cure or vaksin. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah provide a supportive environment for him. Aku mula mencari maklumat tentang virus ini. Benarlah seperti kata doctor. Harapan sembuh hampir tiada… 

Masalahnye ngan virus FIP ini, ianya menyerang sistem imunisasi kucing. Tiada vaksin mahupun ubat untuk virus ini. Untuk mengesahkan juga amat sukar. Selalunya ia akan menyerang kucing yang berumur bawah 2 tahun kerana sistem imun mereka belum kuat. Bila sistem imun diserang kucing akan terdedah kepada pelbagai secondary illness. Yang akan membunuh kucing anda adalah secondary illnesses yang menjangkitinya. 

Bagaimana kucing mendapat jangkitan? Adalah melalui gigitan, kongsi litter box, parentnye carrier, or makanan dan minuman. Doktor menyarankan aku membesihkan rumah ngan Clorox, kerana takut virus berpindah kepada kucingku yang lain. Maka aku guna Clorox and Dettol on the whole house. 



My other kiddos juga diberi supplement tambahan dan AVC (Apple Cider vinegar) on weekly basis. Boya pula AVC, air zam-zam. Selain minum aku juga lap badan boya ngan AVC. 

Selalunye doktor akan beri ubat untuk seminggu ke 2 minggu. Dan setiap kali ke vet, boya menerima suntitan antibiotic + demam and tablets to last him for the week or so. Selalunye lepas suntik dia akan sihat dan ceria sehari dua. Makan setiap 5 minit…tetapi selepas itu, he will lapse into sleeping / demam mode dan tidak ingin makan apa2 pun. 

Bila Boya bertenaga dia akan menanti ikan rebusnya di tepi dapur…dan bila tiada tenaga dia hanya tidur di atas katil dan aku akan bawakan makanannye. Andai aku terlalu lama di ruang bawah, Boya akan menantiku di tepi tangga dan kadangkala mencari tenaga untuk turun dan meneman aku bekerja di bawah. 

Jadi kini tiba giliranku…bila boya nak ke tingkat bawah atau ke tingkat atas, kerna ku tahu dia tiada tenaga akan ku perlahankan langkahku menantinya. Kebanyakan masanya aku dukung terus. Waktu tidur aku tidak menggunakan air-cond dan akan aku rendahkan kelajuan kipas kerna andai bilik sejuk Boya akan hanya tidur di depan pintu dan tidak ingin masuk ke dalam bilik disebabkan demamnye yang menyerang di waktu malam. 

Adek2 nye yang lain and mak suri juga banyak memberikan ruang kepada Boya. Mereka tidak menganggunye dan biarkan dia berehat. Bila aku force feed boya ada antara mereka menanti for d bowl (mengingatkan pada diriku masa kecil menanti nestum bowl fed to babies) 

Beginilah rutin kami sejak beberapa bulan yang lalu…hujung April, aku perasan demam boya semakin surut jadi ku menganggap ianya adalah harapan untuk dia sembuh…tapi nampaknya aku tersilap percaturan. Rupanya Allah ingin memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk lebih menghargai kehadirannya di dalam hidup kami and spend quality time together for one last time. 

Tidak pernah ku sangka dalam beberapa minggu akan datang virusnya akan mengganas dan tak pernah terlintas di fikiran yang aku akan melihat Boya sengsara sedemikian….


Friday, December 19, 2014

Buku Oh Buku ~ Big Bad Wolf...here we go =)

Alkisah aku dok menahan diri dari mengunjungi pesta buku kerana buku yang dibeli tahun lalu pun belum habis dibaca…Yelah mana tidaknye banyak habihkan masa baca ebook, blog dan buku adek beradek ku. Lagipun sejak mula bergym nih…dah kemaruk jadinye…hari2 nak pergi…kalu tak mesti sakit badan…


Then member aku yang pergi share laks gambar buku2 yang dia beli…terbakar aje rasa hati…gatal aje tangan nak g gak big bad wolf nih…Terus aku buat plan nak g…gym kasi postpone satu hari...biar aku bergym kat Big bad Wolf aje...tapi nak g ngan sapa???

Teringat laks sekarang cuti sekolah…so anak2 buah lah jadi mangsa..depa memang excited lah coz tak pernah pergi ye…kompom khamis @ 9.30am (nih lah kelebihan kerja dari umah…bule main larik2 jap). Aku juga tepon kakak ku di Kajang minta dia bawa anak2nya dan kami akan bertemu kat d exhibition hall aje. 

Mak aku pun nak join skali…tak pernah g lah katakan..hehehehe..the idea was pakai kasut selesa, bawa beg besar n op coz botol air. Alhamdulillah traffic clear…almaklumlah cuti skolah…10.30am dah sampe dah. 
Masuk aje exhibition hall..perghhh…buku RM3 mana bule tahan!!! Terus trolley besar aku amek. Anak2 buah pun sama. Kakak amek trolley but si adek Aisha tak nak trolley…katanye trolley bule membawa kepada silap langkah hehehehe…

Masing2 berpecah…Aku nye plan was – start with bargain corner…mencari buku2 mengenai self-help, adult reading, cookery, green living, craft and gardening. Anak2 buah aku memang  dok kat novel section aje…

Sedar2 dah hamper 2 jam lebih kami di dalam tuh..bebudak memang nak berselfie aje...d adults macam kami nih layankan aje ;)


Perut dah keroncong n trolley dah penuh...rasanye cukup stok buku tuk setahun dah nih...maka kami pun beratur kat cashier and singgah di chicken rice shop sebelum balik umah..minimum sorang ada 10 buku...memang cukup puas hati....all in all we spent about 5 hours for the Big Bad Wolf fair...

Jumlah belianku ialah RM175...buku paling murah berharga RM2.50 satu dan paling mahal RM10.00 satu. kebanyakan buku yang aku ambil berharga RM3 dan RM8...Dibawah nih adalah stok bacaan aku sampai tahun depan. Selain buku bacaan aku juga beli puzzles and games...coz nak asah balik otak yang dah berkarat nih....

Lepas beli buku2 nih aku berazam I wanna go for Big Bad Wolf 2015 hehehehe tapi sebelum tuh kena habiskan semua buku yang ada nih =)

Yang dibawah nih laks antara koleksi2 anak2 buahku yang remaja for 2015...have a blast girls.

Since anak2 buahku yang kecil2 tak dapat ikut sekali coz mak ngah tok leh handle korang nanti...mak ngah ada belikan hadiah tuk korang...kisah-isah nabi...ada 25 buku kesemuanya...nanti mak ngah nak minta korang bacakan kepada mak ngah heheheehe..

Kata orang kalu nak tanamkan minat membaca...kena mula dari awal...masa mereka kecil lagi...cuti sekolah takde benda nak buat...bacalah buku ye...

Habiskan nih dulu...nanti kalau ada Big Bad Wolf Box offer...mak ngah stok-up buku lagi ye =)

Nasihat aku pada korang yang belum pergi, atau dah lama tak pergi atau tak pernah pergi...PERGILAH!!!! jangan tunggu lagi...percayalah korang pun akan rambang biji mata kat sana nanti...tinggal 2 hari aje lagi...

Kakak n Aisha dah plan nak mulakan Bedah's book club sempena hari jadi nenek mereka hari nih...jadi bule lah berkongsi buku2 yang best untuk dibaca...

Si kakak kata "mak ngah nanti bila kita dah ada banyak buku, kita buat library ye"...Aku tersenyum aje...aku jawab balik "ok kakak...kita buat FREE library kepada mereka yang ingin membaca ye"...

Dalam hatiku..."Tambah satu lagi idea to my Give-back Khalifah Home aku nanti...in shaa allah akan ku usahakan juga impianku ini. 





Wednesday, January 1, 2014

Need to fight!!!

I have been lonely long enough!!! Its time to start..sharing some of the best speeches eva



Guide me LORD...


Stop Pretending...


Thursday, September 12, 2013

Masih ada yang sayang


Seminggu dua nie hati rasa sayu dan sedey aje coz banyak sangat kisah2 kezaliman manusia...bila aku tengok video nie, hati rasa bangga dan sayu meyaksikannya..sob sob sob...so touching..tak berhenti airmata mengalir...




Aku berdoa kepadaMU ya Rabb...Kau  rahmmati dan berkatilah sekalian mereka di dalam video ini dan mereka - mereka yang membantu mereka yang memerlukan; tak kisahlah manusia mahupun haiwan kerna mereka telah memberi harapan bahawa masih ada yang menyayangi...



Wednesday, July 10, 2013

Apa itu hidup???

Setelah puluhan tahun mencari baru kini ku temui...kerna terlalu excited ingin lakukan semua yang ku impikan selama ini...tak sempat nak update blog nih..sowi sume ya...

Tapi kini dah belajar slow down...Shukran Allah kerna kini ku tahu apa perlu dilakukan...Bimbinglah aku agar istiqamah dalam melakukannye...ameennn =)


XoXXOO
(",)

Tuesday, April 16, 2013

The hole in me...

The video speaks for itself...I used to have such a big hole...its was a black hole actually... coz the more Dunya I feed in, the bigger and hungrier it gets...Alhamdulillah after finding my way to you Ya Rabb, the hole is shrinking...I pray the day will come when it is filled entirely only for the seeking of your pleasure...guide me Ya Rabb...

Tuesday, January 29, 2013

Aku malu padaMU...

Kali pertama aku mendengar usrahnye di Malaysia.

Dikala itu, going to usrah was just part of my MUST go classes...kerna aku mencari...aku mencari apa yang perlu aku lakukan dengan hidupku...pun begitu, kerna mengerti kelemahan aku...aku akan pergi setiap 2 bulan...other times (if i do manage my time well) aku akan watch online...thanks to my sistos yang tek pernah jemu menghantar email dan links kepadaku...

Setiap kali aku mendengar khutbahnya aku pasti menitiskan airmata...acapkali aku yakin dia berkata2 tentang diriku...dia tahu segala kesilapanku yang tidak pernah aku kongsikan dengan sesiapa melainkan Allah...

Begitu juga dikali ini...maka ingin aku kongsikan video ini dengan semua...


Moga Allah memberkatinya atas segala ilmu dan peringatan yang dikongsikan ini. Moga Allah terus membimbing kita ke jalan yang diredhainya...Ameen

Sunday, January 6, 2013

HaPPy Tots Jar...


2012 was a year of lesson. Though the burden was heavy but YOU gave me the strength to step forward...and I've been walking since then...I am moving forward...towards YOU...so please dun let me go stray once again, Ya Rabb...

My BEST learned lesson in 2012:
  1. If you wanna do something. Dun wait...do it now. Later will be all too late..
  2. Let go of d past and d pain...you learned what you needed to.

2013... I welcome you with an open heart and mind. Best way to start is thru my HappY tOts Jar...I kind got this idea as I was browsing fb :).This is a great idea, Shukran Allah. It looks so fun and I know I will be crying for all YOUR blessings on 31/12/2013

Hope to learn much and in case I forgot to tell you this... I am most grateful for all the things YOU bless me with in 2012... I wouldn't be who I am today if not for the lessons in 2012. I am sooooo looking forward to another blessed year Allah. Please guide me all the way as YOU been doing...Since I go crazy over fancy jars and boxes...my jar is a bit unique... Nevertheless, I know it is sooooo delicious...

Please ignore my model...she can't stand it when you give attention to anything else other than her ;p


D' blessed one
(",)

Monday, December 24, 2012

My name is Zahid and I am a Junkie…


Zahid d’ Junkie…itulah gelaran yang abang iparku berikan padaku…aku dapek gelaran tuh dah 2 tahun…sebabnya mudah…kalu aku terlepas dalam Tesco dan cari tak umpe…cue cari kat junk fud session…kompom aku ada…

Segalanya bermula pun masa aku dok JB 4 years back…sokmo tak sempat masak…sudahnya penuh fridge ngan processed meat n instant stuff ye…dapek laks housemate yang sama busy…sudahnye junkie lah kedua kami…

Lepas aku balik KL, I was at denial stage…sampelah satu hari kakak ku serkap jarang ketagihanku ini waktu pulang dari Tesco…namun kini I am a proud junkie…dan aku juga punya ramai anak didik…iaitu ibu, kakak n adek2ku…kekadang abang iparku juga tersampuk sama…kawan2 lama jangan cakaplah ye…

Family aku konon nak kurangkan cikedes nie…tapi bila aku beli depa serang dulu…lagi sengal…paling takleh handle…kakakku...abang iparku marah dia makan junkies…maka dia akan gunakan namaku to have a junkie moment…huhuhu…

Bila masuk 3 series nie…junk fud does take a tow on you…nampak lebih tua, gemuk dan paling buruk perangai ialah malas…wif d msg…bab gugur rambut jangan cakaplah ye…

Jadi untuk menangani ketagihanku kini…kalu nak pergi Tesco, haruslah after 2pm…semestinya lepas makan lunch ya…bila perut kenyang…mata takdelah miang sangat….

Namun once a junkie…alwiz will be…aku mula menggunakan akal yang dikunia Maha Esa ini untuk mencari ilham junkie di dapurku…sudahnya aku umpe…sekut kering…tapi bila dilayerkan ngan raspberry jam @ susu pekat manis @ nutella….

Yang paling mengasyikkan ialah peanut butter wif choc layer…hahahahah…my sistos siap buek 3 lapis ye…

Ditambah laks keja dari umah nowadays kan…mulut gatal aje nak minum kopi n teh ye…sudahnya segala macam minuman ada kat dapurku…antara my fav coffe break adalah mocha…ada kalanya aku buek gak yang healthy version : cereal coffee – aku campur coffe n horlicks…kalu lapar terlebih aku boh nestum…Nak bagi healthy aku guna susu tepung + gula perang…

Aku kini sedang dalam rehab (pemulihan)…walaupun kebanyakan masanya aku gagal…tapi rasanya sekut kering lagi ok dari cikedes kot…kopi ngan susu tepung & gula perang lagi ok dari 3 in 1 kot nah?

Ada junkie lain diluar sana? Sudi2lah kongsi DIY home made junkies denganku ya…wakakakaka...

Hasil nukilan : Junkie Tegar (",)

Wednesday, December 19, 2012

Follow my blog with Bloglovin

Bile berblog sume bule kan =))


Sexy water...

Air??? Sexy ke???...

Aku pun pikir benda yang sama gak mulanye…Hahahaha..tapi kalu macam yang sebelah nie sexy betul air nih... huhuhu... tergoda mak =) 

Sudahnya kini aku sedang mencuba pelbagai resepi untuk men"yeksi"kan air minum ku…kerana sesungguhnya teramatlah "seksa" aku nak minum air '0' huhuhu…

Kebaikan minum air ‘0’ memang sudah diketahui sejak zaman nenek moyang…kalu nak minum segelas dua tahan lah kan…tapi bila dikenang 3 liter air…mak aii…badak air leh aku alamatnya…tetiba tekak ku terasa lemas ye...memang takleh handle...

Nape 3 liter? Bukan 2 liter? Alkisah bermula semasa aku ingin menyihatkan tubuhku ini…dalam pencarianku di alam maya…aku umpe yang drinking 3 liters of water a day can help u loose weight…ditambah ngan detox process yang sedang ku lakukan sekarang…air yang banyak memang lah perlu…ditambah lagi bila ku ketahui ianya akan mencantikkan kulit….terus aku mencuba…maximum aku bertahan hanya 2 hari itu pun 2 liter aje…huhuhu

Dek kerana nak minum air lebih, aku mula bersenam…aku hanya berjaya menyakitkan bahagian2 tubuhku…minum air masih 2 liter…huhuhu…

But a few days ago masa berfb…aku umpe website nih positivemed Siap ada video ko… sexy water siap nak ajar aku bue air yang sexy… mahu aku tak jatuh cinta….
Maka bermula lah experimen aku…aku menggunakan segala yang ku temui di dalam peti sejuk ku…setakat nih aku dah cuba:

- Lime + kiwi + ginger + mint
- Green tea + mint + lemon
- Chinese tea + apple + mint
- Apple cider + ginger + honey 

Hasilnya…jeng jeng jeng aku dah berjaya minum 3 liter air setakat nih….Alhamdulillah…nampak gaya mungkin kena buek berliter2 lepas nie…kerna my mom n sisto juga sudah menjeling2 air ku yang sexy ini…wakakakaka


I soooo need to tropicalize my recipe…based on apa aku biasa umpe…rambutan @ laici  @ ciku  @ tomato @ longan @ pineapple @ limau bali @ watermelon @ honey dew @ timun @ celery @ mangga @ anggur @ epal @ oren @ kedondong @ durian belanda…Tetiba aku bersemangat nak minum air ‘0’ yang sexy ini ye…lolz…



Bagi sesiapa yang pernah mencuba @ ada resepi beh2 sudilah kiranya berkongsi ngan aku ye… 

p/s – sebab nak bagi feel, aku pun buek air dalam botol juga…tapi aku buna botol acar n botol mayo yer…kuikuikui

Monday, October 22, 2012

Sihir : Kisah Sepasang suami isteri (Finale)

This is the season finale...sape terlepas sile ke Part 8 ye

Suami tersentap dari lamunan bila pembantu hakim menyebut kes untuk bicara. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dalam 5 minit dengan menjawab beberapa soalan, mereka kini sudah tiada sebarang hubungan. Tiada tuntutan lain dari kedua pihak melainkan perceraian. Juga tiada tempoh iddah kerana tiadanya sebarang hubungan suami isteri antara mereka. 

Sebaik hakim mengesahkan perceraian, x-suami meninggalkan dewan bicara. Kini semuanya hanya tinggal sejarah. Sambil menuju ke kereta terasa beban yang dipikul hilang serta merta. Hati terasa ceria kerana segalanya berakhir dengan cara yang baik tanpa pengaiban mana2 pihak. Tiada perasaan kehilangan mahupun keperitan..malahan suami lebih bersemangat untuk memulakan kehidupan baru… 

Kini sudah hampir sebulan bergelar single man. Status di Fesbuk juga sudah di update “single”. Pastinya ramai yang bertanya…namun x-suami memilih jawapan “its meant to happen” sahaja…kerana pastinya bila gossip dah basi…mereka akan meneruskan hidup masing2. 

Ada yang mengatakan sudah takdir…takde jodoh!!! Ntah nape bila x-suami mendengar ayat ini berdesing telinganya…TAKDIR!!! Bilamana ALLAH mengizinkan perkahwinan antara hambanya dan lantas hambanya memilih untuk bercerai…mengapa takdir pula dipersalahkan???

As far as JODOH is concerned…x-suami lebih selesa memikirkan mereka memang BUKAN jodoh satu sama lain pun…sebab tuelah mereka hanya melepasi tahap lafaz nikah dan batal air sembahyang aje…selebihnya hanyalah bertujuan membawa dirinya pulang ke jalan Yang ESA…jadi untuk itu  sebagai Adam akan aku berusaha menjadi imam yang lebih baik supaya dapat ku pimpin makmumku bila ALLAH pertemukan aku dengan Hawaku kelak. Siapakah sia, bila dan bagaimana ianya akan terjadi..itu Adam serahkan kepada yang ESA…

Sesekali Adam masih berhubung dengan keluarga Jandanya…sekadar bertanya khabar…Islam mengajar hambanya menjaga silaturrahim bukan, jadi mengapa perlu diputuskan hubungan ini hanya kerana terputus hubungan itu. 

As for Jandanya…moga dia menjumpai apa yang dicarinya…mereka tidak pernah berhubung selepas hari bersejarah itu…tiada keperluan pun… Itulah yang terbaik…Bagi mereka yang telah menzaliminya pula, Adam menyerahkan pada yang ESA untuk memberi pengajaran kepada mereka dan supaya ianya turut menjadi ikhtibar kepada yang lain. 

Yang penting sekarang nie bagi Adam…enjoy life as a single man to the FULLEST!!! Coz he just came back from HELL…

FINALLY : THE HAPPY ENDING


Terpegun juga aku mendengar kata2nya...namun its true what they say about challenges in life....



~ XoXXOxxO ~ 

Sihir : Kisah Sepasang suami isteri (Part 8)

The story is quite long...coz I share it as and when it happens when I get d updates..so bear wif me please. Andai ingin mencari permulaannya cari under label Kisah Hati ye kawan2...

For Part 8, this is how the story goes....

Andai masih ingat...di Part 7, keduanya suami dan isteri bersetuju untuk bercerai walaupun tanpa kerelaan...

Kini tibalah hari yang dinanti2…hari perbicaraan kes perceraian mereka. Genap setahun sebulan mereka bergelar suami isteri, di hari ini kes mereka dihadapkan ke mahkamah. Kelihatan ramai pasangan di dewan mahkamah. Suami dan isteri bersetuju untuk bercerai dengan cara baik. Jadi memilih untuk hadir sendiri ke mahkamah tanpa peguam. Suami tak putus2 memohon bimbingan dari ALLAH agar tiada pengaiban dan penzaliman yang terjadi di dalam proses perceraian mereka. Kerana ini adalah apa yang di ingini isterinya…

Mengenang kembali sebulan yang lalu, si isteri menghubungi suami menyatakan dia telah pun memfailkan kes perceraian di mahkamah dan memberikan suami tarikh sebutan. Terkejut, suami meminta si isteri pertimbangkan keputusannya. Namun isteri mengingatkan suami akan perjanjian mereka untuk memfailkan perceraian. 

Seminggu sebelum sebutan kes, suami mencuba lagi. Alhamdulillah kini isteri mula menjawab kiriman sms suami. Namun isteri menyatakan kekesalannya dengan perkahwinan mereka. Betapa perkahwinan ini suatu kesilapan di dalam hidupnya dan bilamana tiada cinta dan perasaan terhadap si suami dari awal perkahwinan mengapa perlu menyeksa diri dan meneruskannya. 

Perit hati suami mendengarnya…. Isteri menyatakan mungkin mereka hanya sesuai berkawan namum tidak sebagai suami isteri. Isteri hanya menyedari dia tidak mempunyai perasaan terhadap suami beberapa bulan selepas perkahwinan mereka. Walaupun mereka mengenali satu sama lebih dari sepulun tahun dan mula berkawan secara serious selama 2 tahun sebelum menempuh pelbagai cabaran untuk mendirikan rumahtangga.  

Keluarga isteri juga puas memujuk dan meminta sebab untuk perceraian. Namun isteri hanya menyatakan dia tidak menyukai si suami…dan itu sudah mencukupi untuk perceraian. Dia tidak sanggup untuk hidup bersama suami lagi dan terus berdosa kepada yang ESA. 

Dikala itu hanya ALLAH yang mengetahui betapa hancurnya hati suami. Begitu mudah cintanya dibuang. Walaupun suami yakin alasan isteri hanyalah supaya suami melepaskannya pergi, namun bilamana dia sudah tidak dapat meyakinkan isteri untuk terus berjuang dan pertahankan perkahwinan ini, terasa diri amat kecewa kerana gagal mempertahankan rumahtangga mereka. 

Dikala itu suami hanya mampu menitipkan doa kepada yang ESA supaya tiada yang lain selepasnya untuk merasai derita sebegini rupa. Jauhkanlah suami mahupun isteri diluar sana dari dugaan sebegini berat. Tidak tertanggung rasanya hati. Terasa cintanya diperlekeh dan dipijak2 sesuka hati. Tidak pernah lahir cinta sebegini kuat terhadap sesiapa, namun ALLAH menganugerahkan kepada suami hanya untuk isterinya. Akan tetapi bila ini yang terjadi…suami hilang kata2 seketika. Namun keyakinan bahawa ALLAH hanya menetapkan yang terbaik untuk dirinya, suami bersetuju untuk melepaskan isteri secara baik di mahkamah.  

Dalam menanti tarikh sebutan, pelbagai persoalan muncul difikiran suami. Jadi sebenarnya memang tiada sihir?? Tapi bagaimana dengan tanda2 sihir dan proses rawatan yang dilakukan ke atas isteri? Suami mula meragui… Jadi apa yang sebenarnya!!! Andai dia hanya ingin mempermainkan diri ini, mengapa perlu sampai ke perkahwinan? Psycho betul bini aku nih?? Tak kan dia suka suki nak bergelar MJ (Mak Janda)??? Biar betik??? Apa yang berlaku memang tidak dapat diterima akal…bila di flash back d series of mental and emotional torture yang dilalui sepanjang setahun ini, its not making any sense… no sensible picture is coming to mind…

Namun yang pasti hanya satu. Bila isteri memilih untuk berhenti berjuang sekarang disaat perkahwinan mereka di tahap infant stage tanpa sebarang hubungan melainkan di atas kertas, jadi pasti itulah yang terbaik. Kerana suami yakin ini hanyalah permulaan. Akan ada lebih banyak lagi caraban2 hebat di dalam perkahwinan…Its better to loose an arm now than sanity di masa hadapan…

TAWAKKAL…hanya itu yang mampu dilakukan suami. Kerana sesungguhnya sudah tiada jalan lain lagi. Hanya ALLAH yang mampu mengubah situasi ini menjadi lebih baik. Apa yang dikhuatiri suami ialah kemarahannya di dewan mahkamah kelak. Kemarahan telah pun mula membakar hatinya? Pohon cinta …Ko terbakarlah sekali ye!!! Mampukah dia menahan godaan syaitan durjana? Mampukah dia menjawab soalan2 hakim dengan baik tanpa mengaibkan si isteri? Mampukah dia melafazkan talak dan melepaskan isteri dengan cara baik? Suami tidak dapat melelapkan mata di malam itu memikirkan akibatnya andai dia hilang kewarasannya di dewan mahkamah esok pagi…

Kesudahannya...enjoy d season finale guys  

Terkenal di Langit : Kewafatan Beliau...


Sambungan dari "Wali Allah"...

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.


Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.


Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."



Terkenal di Langit : Wali Allah...


Sambungan dari "Biarlah hamba Fakir"...

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."

"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.

"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.

"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal...

Terkenal di Langit: Biarlah Hamba Fakir...


Ini adalah sambungan dari Kecintaannya kepada Rasulullah SAW...

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.Memang benar! Dia penghuni langit.

 Dan ditanya Uwais oleh kedua  tamu tersebut, "Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan, "Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah.
Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?" Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu.

Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, "Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian”.

 Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, "Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata, "Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya...

Terkenal di Langit : Kecintaannya pada Rasulullah SAW

Andai ingin mengenali sifat2 beliau...sila baca entry  Siapakah beliau?? ya 


Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. 

Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya.

 Beliau amat faham hati nurani anaknya,  Uwais dan berkata,"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Terkenal di Langit : Siapakah Beliau??


Kisah Wali ALLAH ini ingin ku kongsi sebagai pedoman untuk diri ini juga...Its a bit long...tapi yakinlah...ITS WORTH IT....credit goes to Mencari Damai 

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. 

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.



Tuesday, September 4, 2012

Sihir - Kisah Sepasang suami isteri (Part 7)


Bagi yang terlepas episode sebelum ini sila ke Part 6 ye...


Sudah dua bulan berlalu sejak pertemuan mereka. Hingga ke hari ini suami masih belum menguruskan hal perceraian mereka. Hanya borang yang diambil. Tiada kudrat rasanya suami untuk mengisi apatah lagi menghantarnya. 


Si isteri pula membisu seperti biasa. Suami menjangka si isteri akan mendesak untuk perceraian, namun tiada pula desakan darinya untuk percepatkan urusan perceraian mereka. Tidak menyedari sudah setahun mereka menjadi suami dan isteri…sedikit sebanyak suami merasa gembira mengenangkan perkahwinan yang telah berusia setahun itu. Terasa harapan untuk perubahan masih ada. 

As far as the family is concerned, perceraian adalah yang terbaik untuk kedua mereka…kerna mereka juga tidak mampu mencadangkan penyelesaian lain. Tetapi dalam diam kesemua memendam harapan agar ALLAH memperbaiki kesemua dan suami dan isteri boleh hidup bahagia seperti sebelum perkahwinan dulu. 

Tidak disangka ALLAH yang membimbingnya dimalam suami mencadangkan perceraian pada isteri. Suami tidak inginkan perceraian…begitu juga isteri. Tetapi seakan2 cuba habis dicuba segala cara, melainkan perceraian…Kini suami mampu melihat hikmah disebalik kejadian itu…

Kita sudah berusaha berubat, tidak berjaya. Kita sudah berusaha bertahan, namun tiada perubahan. Jadi kini, seperti yang Tipah pernah pinta, kita cuba perceraian. Andai ALLAH menetapkan ia ke atas kita, maka pasti akan dipermudahkan urusan perceraian kita. Namun, jika tidak, maka sewajarnya kita menyingkirkan ia dari senarai potensi penyelesaian kita…bagaimana??? Setuju???”…Itulah persetujuan terkini suami dan isteri…


Risikonya amat tinggi…akan tetapi suami yakin ALLAH bersamanya. Jadi peluang untuk menyingkirkan perceraian dari penyelesaian ada 50%...jadi sehingga ALLAH yang menggerakkan suami dan isteri kepada perceraian…it’s never gonna happen babe…

Lagipun proses perceraian bukan mudah. Boleh jadi walau dimulakan pun, mereka tidak akan bercerai sudahnya. Ada terlalu banyak kemungkinannya…Alhamdulillah, ini yang terbaik untuk mereka di waktu ini. ALLAH sedang mendidik mereka dan insha allah proses penyelesaian sudah pun bermula…

Si suami kini semakin sibuk memperbaiki dirinya dan hubungannya dengan ALLAH hingga dia terlupa langsung hal perceraian dengan isteri. Si suami kini semakin redha dengan ketentuan Ilahi. Benarlah kata ahli fikir…orang yang sibuk melihat kekurangan dirinya dan memperbaiki dirinya tidak akan punya masa untuk memikirkan keburukan atau kekurangan orang lain…


Suami membuat keputusan untuk benar2 hilang dari hidup si isteri…biarlah si isteri merasakan kehidupan tanpa kehadirannya…mungkin itu mampu membantu isteri mengenalpasti apa yang benar2 diingininya di dalam kehidupan…

Suami yakin dengan ILAHI…selama setahun ini ALLAH telah banyak perbaiki kehidupannya. Segala yang berlaku mula masuk akal. Suami mula memahami tujuan ujian yang diturunkan ke atas dirinya…ke atas mereka…saban hari suami mendoakan ALLAH melimpahkan rahmat ke atas si isteri dengan melembutkan hatinya untuk pulang ke jalan YANG ESA…hanya yang demikian mampu mengubat kesengsaraannya…hanya yang demikian mampu memberikannya kebahagiaan. Ini bukan kata semata2 kerna suami telah melaluinya sendiri...

Ditambah bila suami telah menyerahkan hati dan kubur cintanya pada ALLAH, dia merasakan beban yang besar di angkat dari bahunya…Tiada lagi kerisauan yang melampau tentang apa yang bakal terjadi antara mereka…kerana walau berjauhan mereka masih suami dan isteri. Walau mereka hanya suami dan isteri di atas sekeping kertas, ALLAH masih menetapkan mereka suami dan isteri…Hubungan ini ditetapkan dan dikehendaki ALLAH…jadi ianya hanya akan berakhir bila ALLAH mengkehendakinya…

Apa yang suami mampu lakukan ialah berusaha sedaya mungkin dan menyerahkan segalanya kepada YANG ESA untuk yang terbaik bagi kedua mereka. Bilamana ALLAH mengkehendaki mereka berjauhan begini pastinya ia yang terbaik untuk kedua mereka. Ianya perit, sudah pasti...menyeksakan...tetapi si suami yakin, ALLAH sentiasa mempunyai rancangan yang terbaik buat hamba2NYA. Jadi kini si suami perlu  terus melaksanakan tanggungjawabnya sebaik boleh kerana hubungan suami isteri bukan sekadar di atas kertas. Ianya mengenai 2 sahabat yang terus menyokong satu sama lain dengan cara terbaik dapat mereka lakukan…biarpun ianya bererti berjauhan dan memberi masa untuk sahabat itu mencari dirinya. Biarpun ianya untuk seketika, biarpun dalam keadan berjauhan, mereka tetap sahabat terbaik yang melengkapkan satu sama lain ~ kerana ianya ketetapan YANG ESA. 




Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka, hadiah terbaik yang mampu diberikan kepada si isteri hanyalah seutas doa dipanjatkan kepada Ilahi...

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama sayangku...Ya  ALLAH, Tuhan yang MAHA ESA... Yang MAHA MENGETAHUI, YANG MAHA MENGASIHANI...ku merayu padaMU...limpahkanlah rahmatMU ke atas isteriku. Kasihanilah dia YA RABB...lembutkanlah hatinya untuk menerima hidayahMU dan bawalah dia pulang ke jalanMU. Hanya yang demikian mampu melenyapkan segala derita dan kesengsaraannya. Aku kasih kepadanya ALLAH. Dia adalah isteri yang KAU anugerahkan kepadaku sebagai amanah...Kurniakanlah  dia dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat...Ameeen"

Teman, marilah kita jua mendoakan mereka semoga ALLAH terus memberikan mereka kekuatan dan ketabahan untuk terus bertahan dan tidak berputus asa dalam menghadapi ujian ini. Dalam menantikan rahmat dariNYA. Apa sahaja ketentuan ILAHI, pasti ianya yang terbaik untuk kedua mereka, insha ALLAH. 


Kesudahannya...Part 8
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...