Monday, March 26, 2012

Aku terima nikahnya...


"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Petikan dari I luv Islam : Dosa dalam Perkahwinan

Berat bukan tanggungjawab seorang suami? 

Bermula dari detik itu - wahai gadis, kau bukan lagi anak, adik mahupun kakak semata…tugas utamamu adalah menjadi seorang isteri. Hanya selepas itu kau adalah anak, adik mahupun kakak. Menjaga keperluan suamimu, menghormatinya, menjaga maruah suamimu dan dirimu adalah keutamaanmu…Sebagai isteri kau juga harus bijak mendidik dan membantu suamimu dalam menjadi pemimpin dan khalifah dibumi ini.

Islam mengingatkan para isteri, keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan suaminya…pun begitu untuk memikul tanggungjawab akur dan menghormati suami itu bukanlah perkara yang mudah. Yet, nothing is impossible ~ selagi kita masih berusaha untuk mempelajari, semestinya ALLAH akan membuka ruang untuk kita belajar, semestinya ALLAH akan membimbing dan beri pengajaran pada kita.

There is no single way of making a marriage work? Yet, ALLAH has given us the guides…so it is up to you to make it happen. ALLAH telah ketemukanmu dengan jodohmu…now it is up to you untuk kekalkanya hingga ke syurga ~ Insha ALLAH ©©

Dalam menunaikan tanggungjawabmu, janganlah pertikaikan sejauh mana pasanganmu menunaikan tanggungjawab mereka. Ingatlah, bila kita dibangkitkan di akhirat kelak ~ ALLAH akan hanya mempersoalkan sejauh mana telah kita melaksanakan tanggungjawab kita, bukan sebaliknya.

Apa yang mengukuhkan perkahwinan itu adalah cinta dan kasih sayang diulit dengan rasa tanggungjawab…cinta akan melahirkan kejujuran dan kepercayaan antara pasangan…ia akan memudahkan kamu menjalankan tugas dan tanggungjawabmu ke atas pasangan dan keluargamu…

Pun begitu, mengertilah wahai manusia, janganlah mencintai manusia lebih dari Penciptamu…Hanya bila kau mencintai Penciptamu melebihi segala yang kau miliki, maka kau akan mengerti makna CINTA dan dikala itu kebahagiaan akan berlari mengejarmu dan bukan sebaliknya...

Bila cinta kepada Penciptamu melebihi cintamu ke atas segala yang lain, melaksanakan tanggungjawabmu, memafkan pasanganmu, menyayangi pasanganmu, merasa cukup dan menerima pasanganmu seadanya akan menjadi amat mudah untuk kau laksanakan.

Bila cinta kepada Penciptamu melebihi cintamu ke atas segala yang lain, segala persoalan yang kau punyai tentang hidup akan terjawab, segala kekeliruan dan kesalan dalam hidup akan hilang, kau akan menemui matlamat hidupmu dan kau akan temui ketenangan ~ yang menjadi rahsia awet muda, ubat segala penyakit dan rahsia hidup bahagia =))

Kini ku mengerti bagaimana perkahwinan akan melengkapkan iman seseorang…Pun begitu, everyone will have their own journey and challenges to overcome. Pun begitu, this is just the beginning of my journey. Either way, you will walk away with lessons beyond your imagination…Masha ALLAH

~ XXoXOO ~

Sunday, March 4, 2012

Sihir ~ Kisah sepasang suami isteri (Part 4)


:: Perjuangan CINTA suami ::

Bagi yang terlepas entry sebelum nie...sila ke Part 3 ye....

Suami berasa amat sedey melihat keadaan isteri… dia dapat merasakan betapa sengsaranya si isteri, betapa sunyinye isteri…andai boleh suami mengambil tempat isteri menanggung kesengsaraannya…sudah pasti dia melakukannya…tapi apakan daya dugaan ALLAH kepada isterinya berbeza dengan dugaan untuk dirinya…

Suami memulakan perbicaraannye dengan nama ALLAH…

Suami tidak sama sekali bersetuju ngan PERCERAIAN…suami memohon maaf kerana meletakkan isteri dalam situasi yang memerlukan dia berjuang bersendirian…tetapi melihatkan keadaan sekarang yang isteri ingin membawa diri ~ juga mengenali sifat isterinya yang amat degil dan sukar beranjak dari keputusannya…suami mencadangkan pada isteri…

“Apakata tipah ambil masa untuk diri tipah..andai tipah perlu membawa diri…pergilah!!! Abang izinkan dan abang redha ngan pemergian tipah…pasal tanggungjawab tipah yang tak terlaksana tue, usahlah tipah risau…abang halalkan kesemuanya…baik yang dulu, sekarang mahupun yang akan datang”…apa kata tipah focus satu demi satu masalahnye…kita tidak boleh bercerai sekarang…apa yang tipah lalui ini tanda2 yang mengconfirmkan tipah disihir…jadi apa kata buat masa sekarang nie tipah focus untuk berubat aje...”

“Di dalam sihir dan jihn, ianya adalah perbuatan syaitan…memang tujuannya untuk memisahkan suami isteri sampai bercerai-berai…jadi andai abang akur pada permintaan tipah, maknanya abang akur pada permintaan syaitan tipah!!!”

“Mengenai perasaan benci tipah yang teramat sangat itu, usahlah tipah risaukan…selepas tipah berubat dan pulih sepenuhnye…barulah kita fikirkan status hubungan kita…andai kita masih ingin terus bersama atau tidak...”

“Apa yang kita lalui ini satu proses tipah! Ianya telah bermula 6 bulan lalu dan kini kita dipertengahannye…Alhamdulillah kita semakin matang dan memahami situati ini, jadi inilah masanya untuk kita mula menyelesaikan masalah ini…Dan di dalam mana2 proses…bila ada permulaan, pasti ada penghujungnye…abang tidak tahu berapa lama lagi kita akan diuji…mungkin selepas ini dugaan akan lebih hebat…tetapi abang hanya boleh janjikan akan ada penghujungnya tipah…penghujung yang ditentukan oleh ALLAH, penyelesaian yang ditentukan ALLAH…yang terbaik untuk kita….”

 Si isteri terdiam…tidak disangka ini jawapan suaminya…bagaimanakah suaminye begini tenang dan yakin….dari manakah suaminye mendapat kekuatan baru ini…tetapi terdetik dihatinya ada benarnya juga kata2 suamiku ini…

Setelah hampir 3 jam mereka bersembang, mereka mengucapkan salam kepada satu sama lain dan pulang ke rumah masing2. Si suami merasakan buat pertama kali setelah sekian lama isterinya meluahkan perasaan kepadanya…dan untuk pertama kalinye setelah sekian lama dengan bangga mampu dia mengatakan bahawa dirinya adalah seorang SUAMI….

~ INTERMISSION ~ sambungan ke Part 5 di sini ye 

Buat pengetahuan semua: ini adalah kisah benar ~ secebis dari perjuangan sepasang suami isteri ~ pasangan yang aku kenal dengan baik…membolehkan aku juga mengambil ikhtibar dari hubungan mereka…mereka masih berjuang, walaupun berjauhan tetapi masih menemani satu sama lain…masih bergelar suami isteri

Jadi bila aku mendapat update tentang perjuangan mereka akan ku sambung lagi kisah ini ye…Kepada temanku semua, sudilah kiranya doakan mereka berjaya menghadapi dugaan ALLAH ini ye 

Hebat betul dugaan mereka…terpanggil aku untuk kongsikan serba sedikit perjuangan mereka di sini…tetapi ada ramai lagi pasangan di luar sana yang melalui dugaan yang lebih hebat dari mereka ini….yang mana kisah mereka mungkin tidak pernah diketahui…atau dikongsi…hanya teman yang akrab yang mengetahui…kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...mampukah mereka memahami desiran ombak jiwa yang berubah2 nie???

Ada juga suami-isteri yang melalui dugaan yang berbeda dengan pasangan ini…tetapi apa yang penting di dalam hubungan suami isteri ialah janganlah kamu berputus asa pada pasangan kamu…biarlah sesukar manapun dugaan yang kamu lalui…walaupun pasangan kamu berputus asa pada kamu…kerana pasangan yang MEANT TO BE adalah mereka2 yang berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran yang bertujuan untuk MEMISAHKAN mereka...

Kepada pasangan yang sedang melalui dugaan sedemikian…hanya satu pandangan yang ingin ku kongsi dengan kamu…BERJUANGlah kamu…dan SENTIASA hanya berpaling pada ALLAH hanya ALLAH untuk memberikan kekuatan, penyelesaian, ketabahan, ketenangan dalam kamu menghadapi dugaan kamu…

Dan ingat there is no ONE solution to the problem…coz life and marriage doesn’t come with a guidebook ~ you will just have to explore and experiment different ways until u find the BEST that suits YOU GUYS…but along the way if you seek ALLAH to guide you…Insha allah all will be well

XoXXoOO
(",)


Friday, March 2, 2012

Sihir ~ Kisah sepasang suami isteri (Part 3)

:: Adakah setakat ini sahaja cinta mereka? ::

Entry untuk Part 2 di sini ye =)

Suami ngan isteri semakin buntu…situasi semakin tegang…si isteri langsung tak leh pandang suami…isteri akan mengurungkan diri di dalam bilik agar dapat menjauhi suami kerana tidak mahu melukainya lagi – dan dek kerana benci tahap tak leh tengok muka langsung nie…Suami laks mula balik lewat ke umah ~ supaya tak perlu berhadapan ngan kebencian dari isteri…tido malam berasingan…jarang dapat lelapkan mata..syaitan laks tak putus2 menghasut suami dan isteri supaya berputus asa dan bercerai aje…

Dengan penuh rasa berat hari, mereka membuat keputusan agar duduk berasingan dengan harapan sihir tue hilang gitu aje…si suami mula bertanya pada ALLAH ngan seriousnya…kalu dulu cuma berdoa n ngaji untuk cari penawar aje sekarang dah up sket…soklan2 seperti ~ nape jadi camnie ALLAH? Bukankah KAU yang menentukan jodoh kami? Kenapa KAU ingin pisahkan kami? Inikah ketentuanMU ALLAH?

Si isteri pula redha ngan keputusan suami…kerana dia juga tidak ingin menyeksa suami lagi…isteri menjadi amat binggung ngan kelakuan dirinya dan perasaan benci tak bersebab pada suaminya…mungkin ini masa yang terbaik untuk si isteri mencari penawar kepada kesengsaraannya…betul ke sihir or psikologi aje…tapi kenapa aku masih mencintai suamiku? Pun begitu kenapa benci ku meluap2 padanye…kalau dulu berjauhan terasa rindu yang amat…tapi kini jangankan tengok gambar, dengar nama suami pun tak leh…habih benci dan siap siapa yang sebut nama suami tue disembur oleh si isteri…

Suami mula merapatkan diri ngan ALLAH…kerana setelah sekian lama hidup dalam kesengsaraan, kini terasa tidur malam yang lena…hati berasa lebih tenang…rindu yang amat sangat pada si isteri…risau akan kesihatan dan keadaan si isteri…tetapi pada masa yang sama, hati terasa tawar kerana apa yang dilakukan oleh si isteri…

Bila memohon kekuatan dari ALLAH untuk melepaskan isteri, megapa ALLAH melahirkan cinta, kasih dan rindu yang kuat padanya…mengapa hati suami berkata ~ TIDAK!!! Perjuangan ini masih belum selesai…ada lagi kaedah dan cara yang belum kau usahakan…

Dalam suami mencari jawapan kepada soalan2 juga kepastian akan perasaannya terhadap isteri…suami menerima sms dari isteri..setelah sekian lama mereka bernikah, si isteri menghubungi pinta ingin berjumpa…pelbagai soalan bermain di fikiran suami…Mungkinkah isteri merindui ku? Adakah dia ingin kembali bersama? Atau adakah dia inginkan perceraian?

Hati suami berdebar menanti untuk bertemu si isteri…sayunya hati melihat wajah isteri yang penuh kedukaan…bermula dengan hanya bertanya khabar dan bual kosong…perbualan menjadi semakin serious…tapi tidak sekali pun si isteri memandang suami…

Isteri sudah berputus asa ngan keadaannya…dia tidak tahu punca masalahnye mahupun solutionnya, ditambah ngan tekanan dari keluarga dan teman untuk menyelesaikan masalah… isteri ingin berpindah ke tempat lain, bertukar kerja, oleh kerana tidak tahu berapa lama keadaannya begini dan kerana mimpi2 buruknye semakin teruk hingga tidak boleh tidur malam, dan perasaan benci yang makin meluap kerana ikatan suami isteri masih wujud…kini sudah tiada secebis pun perasaan sayang di hati isteri melainkan perasaan benci yang tidak pernah dirasakan oleh isteri terhadap sesiapa pun sebelum ini… isteri merasakan cerai adalah solution yang terbaik…

steri tidak mahu suami menanggung seksa lagi. Sekurang2nya suami boleh memulakan hidup baru…sebagai isteri bila tidak melaksanakan tanggungjawabnya pada suami teramatlah besar dosanya di sisi agama…jadi biarlah segalanya berakhir sekarang sebelum terlewat…manakala dirinya biarlah apa yang akan terjadi…mungkin hidupnye sudah tidak panjang lagi dimuka bumi ini…

Tersentap suami mendengar permintaan isteri…walaupun suami tidak pasti ngan perasaannya terhadap isteri…tetapi TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI dia ingin bercerai ngan si isteri…suami berasa marah yang amat…kepada isteri kerana berputus asa, kepada penyihir yang menyeksa mereka tanpa putus asa, kepada diri kerana tidak bertemu penyelesaian dan melindungi isterinya…

Tetapi puncak kemarahan suami adalah pada syaitan yang dilaknat kerana telah berjaya menghasut sekalian manusia untuk melakukan perkara keji ini baik penghantar sihir, bomoh yang menyihir, suami dan isteri ~ hingga mereka tiba di tahap ini…

Sekiranya perceraian yang terjadi…yang paling gembira ialah syaitan kerana telah berjaya menghancurkan iman dan kebahagiaan manusia…kerana telah berjaya menyesatkan mereka…sekiranya suami memberikan CERAI kepada isteri seperti di pinta…bukankah ianya seperti membantu syaitan itu menang dan membiarkan ALLAH kalah???

TIDAK!!! Walau apa pun yang terjadi syaitan tidak boleh menang!!! Setelah sekian lama barulah si suami berasa tenang dan akrab ngan ALLAH…suami telah merasakan nikmat cinta dari pencipta, cinta yang paling suci dan agung…jadi mana mungkin suami sanggup membiarkan cinta itu tercela…TIDAK!!! Suami mungkin lalai dengan kehidupannya sebelum ini…tetapi kini tidak lagi…

Berbekalkan kekuatan cinta pada yang ESA, suami memulakan perbicaraannya…

Apa kata si suami…kita nantikan bersama ye…aku perlu ambil toilet break…heheheheh...

A clue on what to expect....Part 4 disini ye 

Thursday, March 1, 2012

Sihir ~ Kisah sepasang suami isteri (Part 2)

:: Mengapa begini jadi nye ::

Ini adalah sambungan dari sihir Part 1.kalu conpiuh bila baca nie, baca mukahdimah ya…hehehe

Kata orang di awal perkahwinan adalah masa yang terindah buat pasangan suami isteri…rasa seperti di syurga...tapi kalu gado sokmo…it’s called hell on earth…ditambah laks ngan adjustment period which usually this period (tahun pertama perkahwinan) is crucial…coz masa nie lah kita nak mengenali pasangan kita dan adjust mana yang patut untuk terus membina kehidupan bersama…

Tapi kalu dah bergaduh aje memanjang, perbualan dengan isteri sering mengguris perasaan…takat mana nak adjust pun…lama2 jam gak rasanya…ditambah laks ngan bisikan syaitan pada si suami menyesali perkahwinan tersebut and in sometime menyesal berkahwin pun ada – kalu tau baik dok bujang…Terasa segala janji dan impian sudah musnah dan adalah tipu semata2…tak mungkin mereka akan bahagia bersama…sedikit sebanyak timbul penyesalan dan rasa tawar pada isteri…

Bagi si isteri yang disihir laks…sengsara nye ngan mimpi ngeri tiap2 malam – dari mimpi hantu, binatang buas dan berbisa, ditambah ngan perasaan yang bercampur baur – benci dan sayang yang amat pada suami, tidak dapat mengawal perangai dan pertuturan kasar dan menyakiti suami, menyesal kerana berulang kali menyakiti suami walau tidak berniat begitu, bercampur ngan rasa dosa kerana tidak melayan suami sepatutnya, gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan etc…

Tak cukup ngan itu, syaitan mula membisikkan pada isteri supaya bercerai aje ngan suami…dan andai sudah mula berubat pun…perasaan benci itu menular pada perawat, teman2, keluarga (bila mereka mengetahui dan ingin membantu)…meragui keberkesanan berubat (especially bagi kes sihir berulang) coz setiap kali berubat elok sat aje…pastu makin teruk jadinya…

Dek kerana tak puas hati ngan perawat and getting desperate ~ suami laks melilau mencari perawat untuk merawat isterinye…habih sume tempat yang ada perawat dia bawa bininye…habih sume website, blog n kawan2 direfer n dipinta tolong…macam2 pendapat yang diberi…dari pelbagai tips merawat secara DIY kepada pelbagai kaedah2 rawatan n tempat rawatan…bila dah macam2 dibuat dan pelbagai kaedah dicuba…dari limau ke garam ke telur…air berbaldi2 minum dan mandi, melihat seksa si isteri setiap kali selepas rawatan…tak dapat rasanya nak digambarkan ngan kata2…

Bila melompat dari perawat ke perawat lain…timbul laks isu ~ menggunakan khidmat rawatan yang tidak berlandaskan syariat Islam…ALLAH HU AKBAR…timbul pula rasa dosa di hati suami…silap2 leh kira menyekutukan ALLAH dah nie…yang paling beh bila perawat kata nie bukan sihir aje nie…ada jihn skali…dan ada masanya suami pun dikatakan terkena sihir dan jihn…so dua2 pun berubat…

Itu belum ambil kira nak pikir…durjana mana punya angkara buek kami hidup terseksa macam nie…habih dok pikir gilpren mana aku ada tipu…suami mula meragui si siteri “ntah2 ada kekasih gelap tak bini aku nih” mulalah segala rahsia ingin dibongkar…habih senarai ex-boypren bini disiasat…ex-gf suami pun kena skali…kadang2 habih kawan2 bini pun disiasat ~ kotlah ada yang makan hati or pendam rasa ke…

Kalu dulu teman2 dan keluarga yang menyokong dan setia mendengar luahan rasa si suami dan isteri…kini ada yang merasakan sudah lama sangat masalah ini berlarutan...sudah lama sangat sengsaranye nie…apa kata berpisah aje coz mungkin itu memberi kelegaan pada kedua mereka…mungkin ini ketentuan ALLAH…jodoh tak panjang dan sebagainya…

Ada juga komen2 “hai tak habih2 lagi masalah ko nie…sampai bila ko nak macam nie??? Berpisah ajelah korang!!! Korang muda lagi…pikir lah pasal kehidupan masing2…nak cakap korang bukannya budak lagi!!!

Pun begitu, masih ada teman n ahli keluarga yang menyokong...tak kira apa pun keputusan suami dan isteri mereka masih teguh disisi...meminta mereka bersabar dan kembali pada yang ESA untuk bantuan...

Bagi suami dan isteri pula ~ sudah tiada apa yang boleh dikatakan pada satu sama lain…pihak ketiga ada kalanye membantu tapi ada kalanye lagi mengelam-kabutkan situasi…pihak ketiga pun dah mula give-up (coz brape lama dia nak tolong solve masalah korang aje…dia pun ada set of problem dia sendiri)…

Senarai suspek pun dah panjang…habih sume orang masuk…adalakanya perawat pun termasuk gak (especially bila makin teruk lepas berubat)…kawan baik, sedara mara, rakan sekerja…sumer skali lah…hidup dah tak tenang…sumer orang rasa tak boleh dipercayai…Jadi kalu sume tak betul, sume tak menjadi, sume orang bersalah, siapa yang tinggal??? Sapa yang boleh aku percaya…Suami dah buntu…rasa terperangkap dan tiada jalan keluar melainkan perceraian..

Huk huk huk…sedey kan…INTERMISSION lagi ye…apa kata korang gie tambah segelas lagi teh tarik tue. 

Sambil2 tue renung2 kan lah ye...silakan ke Part 3 ye 





Sihir ~ Kisah sepasang suami isteri (Part 1)


:: Nie mukadimah aje ye ::

Kisah nie memang agak berat dan mungkin ramai merasakan apa kaitannya ngan aku? Tapi diriku rasa terpanggil nak share kisah nie. Cite nie adalah hasil dari sharing of pengalaman dari mereka yang mengalaminye sendiri…

Hidup ini penuh dugaan…so kali nie sapa2 yang sudi membaca sediakanlah segelas dua teh tarik kurang manis size XL ye…panjang n berat benor kisah nie, tapi aku rasa adalah amat penting untuk berkongsi kisah ini…dengan harapan agar ianya menjadi panduan kepada orang lain baik yang tak pernah kena or yang menjadi tempat luahan rasa or yang pemberi pendapat atau pun bagi mereka yang masih berusaha tanpa putus untuk mencari penyelesaiannya (Ini hanyalah pada pandanganku ye)

Kalu ada kalanya kita rasa nak gelak tengok cite niyang rapik dan merasakan apalah punya merepek kisah nie? Ada ke syaitan yang sebegitu dalam dunia nie…itu aku juga tak pasti, coz ilmuku bukan seluas mana pun…kalu tanya aku pasal buek puri leh gak aku cite dos and don’ts based on pengalaman puluhan tahun membuatnye…tapi dis one memang not my expertise lah kan..BTW puri adalah masakan Bengali – my dad side…sedap bangat makan ngan kari ayam…yum2…

Sowi tersasar laks…back to being serious…hehehehe

Tapi apa yang ingin ku kongsikan adalah benda nie memang betul…kata orang kalu tak kena batang hidung memang tak caya nye lah…tapi bila melihat sendiri bagaimana ianya mampu menghancurkan keharmonian dan kebahagiaan sesebuah keluarga tue…MASHA ALLAH geram betul rasanya…even Rasulullah s.a.w juga pernah disihir…itulah sebab diturunkan surah Al – Falaq...kalu tak caya carilah tafsir dan pengertian disebalik surah nie…

Kat Msia nie paling popular ialah sihir pemisah – usually for de newly weds, and santau…asal salah sket aje santau…bukan nak confront orang ke, or pinta ALLAH menghukum orang2 yang menzalimi diri mereka…tapi mereka resort to syaitan…soalanku kepada mereka yang resort to syaitan, jihn n sihir nie – korang tak takut ke bala dari ALLAH??

Tujuan ku menulis kali nie bukan bermaksud untuk mengkritik sesiapa pun (kang tak pasal2 aku laks kena sihir..hehehe)..tapi sekadar berkongsi pandangan aje berdasarkan observationku akan  kesengsaraan mereka yang disihir or disantau juga ahli keluarga dan sahabat handai mereka…
Seksanya Masha ALLAH…tidak dapat ku gambarkan ngan kata2…

Setelah bertahun menyimpan cinta dan berjuang untuk bersama akhirnya mereka disatukan oleh Ilahi… Pelbagai impian dan mimpi dibina bersama…kini tibalah masa untuk merealisasikan impian2 tersebut…mereka berazam untuk bersama hingga ke hujung nyawa…terasa diri bermakna buat seseorang…terasa akhirnya diriku ketemu juga cinta hatiku yang ditetapkan ALLAH…

Bagi pasangan baru kahwin bila terkena sihir pemisah nie ~ especially di zaman teknologi macam nie…tambahan takde family member or kenalan yang pernah terkena ~ sekadar baca dalam KOSMO and MASTIKA aje…seksa dia ya ALLAH…terkena laks pada si isteri ~ suami bersedialah untuk berhadapan perasaan benci menggunung dari si isteri…bercinta puluhan tahun bagai nak rak, tetiba lepas nikah...isteri menyampah tahap gaban kat suami…

Semasa persediaan perkahwinan adalah terasa bakal isteri marah2…tapi menyangka bakal aku stress aje nie…maklumlah zaman sekarang kahwin pun kena DIY ~ uruskan sendiri…tambah laks bila dua2 sibuk memanjang…dah last minute baru nak kelam-kabut uruskan sume perkara…

Alhamdulillah urusan nikah n walimah berjalan lancar…ada dugaannye tetapi sentiasa ada penyelesaiannya…masa untuk mulakan hidup bersama…biasalah baru2...banyak benda tak kena…merajuk sana, merajuk sini, tapi makin lama terasa isteri menjadi pemarah dan menjauhi suami…macam2 si suami cuba untuk memujuk n memahami isteri…

Tetapi by the time suami nak figure out apa cer nye nie ~ sihir dan jihn dah menular dan berakar umbi di dalam isteri…kalu mula tak suka, nak merajuk aje dan menyampah sekali sekala aje, sekarang jadi lebih extreme ~ isteri menjauhi suami, serba-serbi suami buat tak kena, sering mengguris perasaan suami ngan kata2 dan perbuatan yang si isteri tak mampu mengawal…

Panjang sangat dah nie…kita sambung di sihir Part 2 ye…

Rasa2 korang nape si suami tak berputus asa...well I think this is why 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...