Si isteri pernah meminta untuk bercerai sebelum ini tetapi suami ingkar…Malah dipersetujui untuk bertemu selepas 3 bulan…namun 6 bulan sudah berlalu dan masih belum ada khabar berita dari isteri.
Sudah terlalu lama suami tidak bertemu dengan si isteri. Jika sms tidak pula dibalas. Call lagi lah…sesekali suami akan merajuk coz tidak dibalas smsnye itu. Akan tetapi suami memujuk hati sendiri dan terus sms lagi isterinya…begitulah keadaannya.
Suami berusaha meneruskan kehidupan sendirian tanpa isteri dan kini merasakan manisnya ujian ALLAH. Saban malam dia menangis dan sujud pada ALLAH memohon keampunan di atas kealpaannya selama ini. Betapa dia tidak menyangka ALLAH tetap berada disisinya dikala semua berputus asa. Semua orang sudah move-on ngan kehidupan masing2…hanya tinggal suami dan isteri?? Atau mungkinkah hanya tinggal suami memandangkan si isteri senyap tanpa berita???
Berbagai soalan mengganggu fikiran suami. Benarkah isteriku telah membawa diri? Mungkinkah dia tidak akan kembali? Beginikah kesudahan hubungan kami? Silapkah percaturanku membenarkan isteri membawa diri? Pun begitu bila ALLAH mengizinkan perpisahan ini, pasti ada lebih banyak kebaikan dari keburukan. Tak kan setakat ini sahaja jodoh kami. TIDAK!!!! ALLAH sentiasa punya rancangan yang terbaik untuk ku…untuk kami…sebab itulah kedua2 kami diduga…
Bisikan syaitan pula saban hari di upgrade…adakala suami merasakan mungkinkah sebenarnya isterinya kini bahagia tanpa dirinya. Mungkin isteri telah menemui pengganti dirinya. Sebenarnya apa terjadi antara mereka bukan sihir, hanyalah alasan oleh isteri untuk berpisah aje. Mungkin si isteri hanya menyedari yang suami adalah kesilapan di dalam hidupnya sesudah pernikahan, maka terjadilah segala ini supaya dapat berpisah dengan si suami…
“Astagfirullah!!!Ya ALLAH kejinya syaitan yang berbisik padaku”…kesal suami kerana biar diri diperlaku syaitan sebegitu rupa…“Bukankah aku yang meminta isteri mengambil masa mencari jawapan? Bukankah sebelum ini aku yakin dan redha ngan ketentuan ALLAH akan perpisahan kami ini!!! Mengapa aku begitu lemah dan mudah terhasut oleh syaitan…YA ALLAH, ampunilah hambaMU yang lemah ini”…Beginilah perjuangan suami saban hari sepanjang 6 bulan itu.
Suami menganggap cycle sebegini sebagai petanda ALLAH yang ibadah dan usaha suami perlu diupgrade juga. Suami perlu istiqamah. Hati suami semakin yakin penyelesaiannya semakin hampir. Tetapi ada kerisauan andai penyelesaian yang mendatang itu adalah perceraian antara mereka…
Kalu dulu suami berharap si isteri akan menghubunginya…kini suami berdoa si isteri tidak menghubunginya…risau andai perceraian yang dipinta. Ada juga suami berusaha mencari khabar tentang perkembangan isteri…terasa diri macam secret agent pun ader…tapi nak buek cana, sapa tak sayang bini ooi…
Suami bergelut dengan dirinya saban hari…Diri telah merasakan kemanisan ujian ALLAH, rasa diri begitu disayangi dan felt like “ur the chosen one”…MashaALLAH terasa amat besar rahmat ALLAH ke atas dirinye. Telah membuat janji dengan diri, akan berusaha untuk redha ngan segala ketentuan MAHA ESA ke atas diri dan perkahwinan ini…akan tetapi bagaimana jika ALLAH menetapkan perceraian bagi dirinya.
Dalam sujud kepada Ilahi, suami mendoakan kesejahteraan si isteri dan merayu pada ALLAH supaya melembutkan hatinye untuk berubat dan supaya kedua mereka tidak berputus asa dari rahmat YANG ESA…Terdetik di hatinya untuk memohon agar si isteri turut merasakan kebahagiaan, ketenangan dan kemanisan dalam menempuh ujian ini.
Semakin suami bertahan ~ semakin kuat dugaan…semakin suami berusaha ~ wajah isteri semakin pudar di ingatan suami…suami sudah jarang2 sekali menghubungi isteri… “Adakah ini tandanya aku telah melepaskan isteriku pergi?” Bertanya suami kepada Ilahi? “Adakah ini ketentuanMU ALLAH ke atas kami? Beginikah akhirnya cinta yang tidak sempat bermula bagi kami?”
“Jika begitu, mengapakah hati suami rasa bagai dirobek2…mengapa terasa pohon cinta itu semakin mekar dan subur di dalam hati…perlukah aku mencabut dan membakarnya supaya dapat aku meneruskan kehidupanku…sendirian? Tetapi ALLAH mengapakah aku tidak sanggup melakukannya. Aku tidak mampu berdoa kepadaMU memohon agar dihilangkan cinta ini dari hatiku…kenapa aku tidak sanggup mencabut pohon cinta dihati ini, apatah lagi membakarnya!!!
Bilamana aku tidak sanggup mencabut pohon cinta ini, seharusnya aku mengkafan dan kuburkan sahaja cinta ini… jadi ku merayu padaMU ALLAH…bantulah aku mengkuburkan cintaku..supaya aku tidak terus mendesak orang yang aku kasihi untuk mengasihi aku jua, bilamana dia bahagia tanpa diriku….” Seakan berputus asa…suami menyerahkan hati dan kubur cintanya pada yang ESA.
Dikala itulah si isteri menghubungi suami untuk bertemu dan berbincang tentang situasi mereka… Apa terjadi…silalah ke Part 6 ye…tetapi dikala ini beginilah perasaan suami terhadap perhubungan mereka…