Allah telah memilih kita sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Allah mengurniakan kita kelebihan untuk membuat pilihan. Walaupun segala yang terjadi adalah qada dan qadar…tetapi ALLAH masih membekalkan kita dengan akal untuk berfikir, kudrat untuk berusaha dan Al-Quran dan Rasullullah sebagai panduan, dan paling utama doa sebagai penghubung kepada ALLAH. Ketetapan ALLAH kerap kali membuatkan kita merasa berkuasa ke atas hidup kita. Sedangkan ianya selari dengan kehendak ALLAH maka ALLAH mengizinkan ianya terjadi di dalam hidup kita.
Kita tidak tahu akan takdir kita akan tetapi jika hanya menyalahkan takdir bila sesuatu yang tidak diingini berlaku tanpa melihat pada diri sendiri ianya hanyalah satu cara untuk lari dari tanggungjawab dan merendahkan nilai diri manusia itu sendiri. Mereka yang berani bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi kepada diri mereka adalah mereka yang akan lebih berjaya didalam hidup dan insyaallah di akhirat kerana tidak semestinya berjaya didunia akan disusuli diakhirat.
Jadi bila kita sedang melalui kecelakaan di dalam kehidupan ini ingatlah teman. Mungkinkah ianya??
Balasan Allah…kebanyakan kejadian yang berlaku didalam hidup adalah hasil dari perbuatan diri sendiri. Mungkin kita telah membuat kerosakan dimuka bumi ini. Kita percaya Allah sebagai tuhan tetapi tidak percaya yang Allah itu maha adil. Jika kita melakukan kejahatan atau kerosakan dimuka bumi ini, adakah kita tidak akan dibalas atau dihukum diatas perbuatan kita itu sendiri? Oleh kerana Allah sayang kepada kita maka dibalasnya didunia ini agar kita kembali kepangkal jalan
Dugaan Allah…Jika kita seorang anak yang mithali, isteri yang mithali dan hambaNya yang solehah, iaitu kita yakin kita tidak berbuat "kerosakan" dimuka bumi ini maka inilah yang dikatakan dugaan buat mereka yang beriman. Nikmat ALLAH bukan hanya dalam kebahagiaan malah di dalam kedukaan juga. Gagal di dalam kehidupan memberi panduan kepada kita dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah ALLAH. Ianya akan memberi perspektif kehidupan yang lebih jelas.
Allah ingin memberikan kita apa yang kita ingini…Mungkin kita berdoa mahukan sesuatu dan Allah ingin memakbulkan apa yang kita mahukan itu, akan tetapi jalan yang terpaksa kita tempuh adalah dengan mengalami peristiwa yang tidak diingini tersebut supaya kita layak menerima rahmatNYA.Dengan persiapan itu, barulah kita akan lebih menghargai impian itu kelak. Barulah kita layak menerima apa yang kita impikan itu.
Acap kali diri ini mengutarakan soalan? Apa tujuan kehidupan ini? Adakah kehidupan ini sekadar belajar, bekerja, mencari rezeki dan menghabiskan masa bersama keluargaku? Andai benar aku khalifah ALLAH, apakah tugasku?
Kini ku mengerti…Lelaki mahupun wanita, ALLAH telah menetapkan fitrah kita. Kita mungkin tidak mengetahui apa yang kita inginkan…tetapi dengan mudah kita boleh memastikan apa yang kita tidak inginkan. Sedar atau tidak, ada perkara yang impikan untuk laksanakan di dalam hidup ini…ianya mungkin tidaklah sehebat mana, mungkin tidak ramai yang akan mendapat manfaat darinya…mungkin ianya tidak mengubah percaturan dunia, tetapi ianya tetap impian kita. Yang pasti impian itu selari dengan fitrah penciptaan kita.
Berusahalah mengenalpasti impian itu dan fitrah penciptaanmu, insha Allah kita akan menyedari tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini, seterusnya segala persoalan di dalam kehidupan akan terjawab dengan sendirinya.
Berusahalah dengan lebih kuat lagi untuk menebalkan iman dan mendekatkan diri dengan lebih rapat lagi kepada Allah, selangkah kita menghampiriNya maka sepuluh langkah Allah akan mendatangi kita. Ingatlah keredhaan ALLAH haruslah dicari bukan dinanti.
Nukilan ini hasil perkongsian and inspirasi dari: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010
~ XoXXoO ~